Petua Mudah Hilangkan Kulit Berminyak & Berjerawat Dengan Timun Dan Kapas Bulat!

 


Hilangkan Kulit Berminyak & Berjerawat Dengan Timun Dan Kapas Bulat. Mudah Je Caranya…

Minyak berlebihan pada kulit muka jika dibiarkan boleh membuatkan liang pori tersumbat seterusnya menyebabkan masalah jerawat.

Jangan gara-gara kulit bermasalah dan berminyak, emosi kita pula terganggu jika diusik oleh orang sekeliling.

Selalunya bila bercakap tentang kulit berminyak, orang akan kaitkan dengan timun kerana timun terkenal dengan khasiat yang tinggi dalam mengatasi pelbagai masalah kulit. Sebenarnya bukan hanya timun tetapi banyak lagi buah-buahan dan sayur sayuran lain yang boleh digunakan dalam menjaga kecantikan wajah.

Kembali kepada timun, seorang pengguna Facebook, Nauf Safwan telah berkongsi satu cara yang mudah dan murah untuk mengatasi masalah kulit berminyak dengan hanya menggunakan timun dan kapas bulat. Bukan setakat membantu menghilangkan minyak pada kulit wajah malah ianya mampu mencerahkan wajah dan mengecutkan jerawat!

Jom baca caranya di bawah:

Kulit  Macam Kilang Minyak?

Ni tip untuk hampa..

Tips ini juga boleh membantu

  • Getah timun kecutkan jerawat
  • Cerahkan wajah secara semula jadi
  • Singkirkan kulit berminyak
  • Melembabkan kulit
  • Mengecilkan pori terbuka

Bahan-bahan :

Timun dan kapas bulat

Cara nak buat :

Blender timun untuk mendapatkan jus timun. Tapis untuk ambil jus timun sahaja. Setengah biji timun boleh celup 16 keping kapas bulat. Celup kapas bulat dalam jus timun tadi.

Masukkan kapas yang telah dicelur dengan jus timun dalam plastic. Plastik tu hampa beli kat kedai plastik.

Masukkan kapas yang telah dicelur dengan jus timun dalam plastic. Plastik tu hampa beli kat kedai plastik.

Susun elok-elok dan masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku. Bila nk guna, keluarkan dan tunggu 5 minit untuk cairkan ais.

Baki kapas timun yang belum digunakan boleh disimpan dalam peti ais, mampu tahan berbulan-bulan.

Setakat ni aku simpan dalam peti ais dah 2 bulan. Masih elok dan segar.

Selamat mencuba!

Kredit : Nauf Safwan via Maskulin