Chalet Ala Kampung Depan Pantai Teluk Senangin, Terbaik Untuk Hari Keluarga! | JOM BERCuti
Alangkah seronoknya dapat bercuti dan menenangkan fikiran kat tempat yang ada pemandangan pantai yang indah depan mata. Dapat pula menginap di chalet ala kampung depan pantai seperti yang berada di Teluk Senangin ni. Keluar je dari chalet terus dapat rasai angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiupan dari laut. Pasti seronok dapat merasai suasana ketenangannya sepanjang penginapan.
Pantai Teluk Senangin sebenarnya antara pantai yang cantik di Negeri Perak. Pemandangannya cantik dan tenang dan sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pengunjung luar untuk berkelah, bersantai mahupun buat percutian hari keluarga.
Disebabkan mudah menarik pelancong, ada banyak lambakan chalet dan homestay yang dibina di sekitar pantai ni yang mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menarik ramai pengunjung.
Tidak kira jenis penginapan rumah batu, rumah kayu, mahupun jenis kabin, kesemuanya sering menjadi tumpuan di Pantai Teluk Senangin ni, asalkan ianya berdekatan dengan pantai untuk pengunjung rasai nikmat ketenangan yang ada di sana.
Jika merancang untuk ke Teluk Senangin ni, salah satu penginapan yang boleh dipilih oleh pengunjung ialah chalet ala kampung depan pantai yang ada di sini. Chalet ini antara yang best untuk didiami kerana suasananya yang nyaman, ceria dan selesa. Boleh masukkan dalam list kalau nak buat family day nanti!
Nama yang diberi ialah Ala Kampung Chalet. Bersesuaian sangat dengan namanya, chalet ni berada dalam kawasan perkampungan yang tenang dan damai. Kedudukan chalet ni memang di tepian pantai. Mereka yang sukakan laut dan juga gemarkan suasana kampung, sesuai sangat menginap di chalet ni kerana ianya menawarkan kedua-duanya. Pasti memberikan ketenangan dan keseronokan berganda.
View laut depan chalet memang cantik dan mempunyai persekitaran kawasan yang teratur dan bersih. Pemilik chalet ni sentiasa menjaga kebersihan kawasan untuk memastikan tetamu sentiasa selesa sepanjang menginap di sini.
Sudah tentu menjadi tumpuan untuk mandi manda di laut dan buat aktiviti riadah di pantainya. Di depan chalet ni, pantainya mempunyai ciri-ciri yang landai dan tenang, sesuai sangat untuk anak-anak mandi dan buat permainan hari keluarga.
Chalet ala kampung depan pantai ni mempunyai 17 buah bilik. Kesemua bilik kat sini ada penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung.
4 unit darinya mempunyai 1 katil queen yang berharga RM140 semalam. 6 unit lagi pula mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single yang berharga RM160 semalam.
Untuk tetamu yang lebih ramai, di sini ada juga bilik yang ada 2 dan 3 katil queen.
Bagi chalet yang ada 2 katil queen, ada 5 unit yang disediakan dengan harga RM170 semalam. Manakala chalet 3 katil queen pula mempunyai 2 unit dengan harga RM200 semalam.
Pilihan bilik yang banyak ni memang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Lagi-lagi yang ingin buat hari keluarga tu. Jika datang dengan ahli keluarga yang ramai, boleh menempah keseluruhan chalet ni dan lakukan pelbagai aktiviti dan permainan hari keluarga tanpa anda pengunjung lain di sini.
Menariknya lagi di sini, bukan hanya dapat menikmati pemandangan indah dan mandi pantai je, di sini juga pengunjung boleh buat aktiviti memancing dan ronda-ronda menaiki bot yang pihak chalet boleh sediakan. Waktu keadaan laut dan cuaca yang cantik amat sesuai untuk lakukan aktiviti sebegini bila dah ada Teluk Senangin ni.
Bukan tu je, nak rasai pengalaman mengutip kerang dan remis pun boleh juga si sekitar pantai ni. Boleh menambahkan pengalaman dan kenangan bagi yang tidak biasa dengan aktiviti mengutip hidupan laut di tepian pantai.
Bila dah bercuti dan berhari keluarga tu, dah tentu paling seronok kalau dapat bersantai dan masak-masak dengan family kan. Tak sah pula kalau tiada aktiviti memasak dan beramai-ramai bersama keluarga.
Di sini pengunjung tak perlu risau kerana ada pondok berbbq dan memasak yang disediakan oleh pihak chalet. Kemudahan seperti dapur dan tong gas boleh disewa dengan harga RM25 je sehari.
Namun, bagi sesiapa yang ingin dapatkan santapan ringan, di sini juga terdapat warung yang menyediakan sarapan pagi dan minum petang seperti nasi lemak, keropok lekor, dan goreng pisang. Dapat menikmati juadah sampingan sebegini sambil berehat di tepian pantai pada waktu pagi dan petang pun seronok juga kan.
Jadi pada sesiapa yang ingin merancang hari keluarga tu, bolehlah masukkan Ala Kampung Chalet di Teluk Senangin ni sebagai salah satu destinasi. Rasai sendiri suasana ketenangan dan pemandangan indahnya sepanjang penginapan di sini bersama keluarga.
Nama: Ala Kampung Chalet
Alamat: Kampung Teluk Senangin, 32400 Lumut Perak
No phone: 012-9153590
0 Response to "Chalet Ala Kampung Depan Pantai Teluk Senangin, Terbaik Untuk Hari Keluarga! | JOM BERCuti"