Chalet Ala Kampung Tepi Pantai Di Kg Penarek Terengganu. Pemandangan Pantai Cantik, Hanya Beberapa Langkah Je Dari Chalet! | JOM BERCuti

 


Kalau pergi ke Terengganu, kata orang tu rugi kalau tak menetap di penginapan tepi pantai atau laut. Sebab kat sini memang ada banyak tempat yang boleh dikunjungi. Dah habis musim tengkujuh nanti, apa kata jom merancang dengan keluarga ke Bayu Beach Penarek ni, salah satu chalet tradisional ala kampung tepi pantai yang menarik untuk percutian anda sekeluarga.

Kelebihan chalet ni ialah penginapan ala rumah kampung dan kawasannya pun memang terletak di kawasan perkampungan yang penuh dengan kehijauan. Yang paling seronoknya, kedudukannya betul-betul depan pantai. Dari chalet anda dah boleh menikmati keindahan pemandangan dan udara pantai kat sini.

PANTAI CANTIK!

Pantainya pun terpelihara dan bersih. Boleh mandi manda, dan ada tempat berehat dan bersantai. Siap ada tempat duduk dan buaian. Kalau waktu pagi dan petang tu, anda boleh menikmati matahari timbul dan terbenam. Hanya berjalan sikit je ke depan pagar chalet.

Tak ketinggalan chalet ni juga ada kolam renang. Dah muak mandi pantai, boleh mandi kolam renang pula. Kolam renang kat sini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Kiranya memang sesuai untuk bawa anak-anak dan keluarga ke sini.

CHALET RUMAH KAMPUNG

Ada 2 jenis penginapan disediakan. Kalau datang dengan keluarga yang ramai, anda boleh pilih terus rumah yang ada 4 bilik tidur. 2 bilik dilengkapi 2 katil queen dan 2 bilik lagi ada 1 katil super queen. Rumah ni boleh muatkan 12 orang.

Biasanya yang nak buat mini gathering, boleh pilih penginapan rumah terus. Dalam rumah siap kelengkapan penuh, ada anjung, dapur, ruang tamu dan sebagainya. Boleh dikatakan selesa.

Namun kalau tak datang beramai-ramai, anda boleh pilih jenis chalet. Setiap chalet ada 1 katil large queen dan boleh muatkan 2 orang. Kelengkapan pun selesa dengan aircond, tv.

Yang seronoknya kat sini, kesemua penginapan berdekatan antara satu sama lain. Kolam renang dan pantai pun hanya perlu berjalan beberapa langkah je. Jadi, bila berkumpul beramai-ramai dengan keluarga tu memang seronok. Boleh nampak depan mata.

Klik sini untuk lihat chalet betul-betul depan pantai di Kampung Cherating. Buka Pintu Je Boleh Dengar Deruan Ombak.

BOLEH BBQ DAN MEMANCING

Selain aktiviti mandi laut dan kolam renang, anda pun boleh buat aktiviti bbq. Ada ruang yang disediakan. Bolehlah makan-makan waktu malam tepi pantai.

Bukan tu je, kalau suka aktiviti laut, ada juga beberapa aktiviti boleh dibuat antaranya memancing, snokerling, menyelam dan berbasikal. Tanya je pihak chalet untuk perkhidmatan yang ada.

Biasanya bila dah sampai Terengganu ni, rugi pula tak pekena makanan celup tepung kan. Lebih kurang 2km dari chalet ni anda kedai makan Mr Celup Tepung Station. Bolehlah singgah sekejap.

Yang paling menariknya, kalau anda ada merancang nak ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang, chalet ni jaraknya lebih kurang 25 minit je nak ke sana. Manalah tau, nak bercuti sakan ke Terengganu kan, alang-alang tu habiskan percutian penuh ke sana pula.

Tapi dapat percutian ke chalet ni pun dah cukup seronok sebenarnya. Chalet ala kampung tepi pantai! Kata orang tu percutian idaman juga tu. Tenang dapat larikan diri sekejap dari bandar.

Nama: Bayu Beach Penarek

Alamat: Lot 6572, Kg Penarek Baharu, Penarek, Kuala Terengganu.

No phone: 013- 997 8791

Facebook: Bayubeach Penarek

*Boleh booking di website booking.com. Search sahaja nama Bayu Beach Penarek.