Chalet Ala Kampung Tepi Pantai Di Terengganu. Port Menarik Untuk Percutian Hari Keluarga. | JOM BERCuti

 


Kalau sebut je percutian tepi pantai, biasanya negeri Terengganu menjadi salah satu lokasi yang kita fikirkan. Sebab di sini terdapat banyak pantai menarik yang sentiasa menjadi tarikan dari segi suasana dan keindahannya. Oleh sebab itu banyak penginapan atau chalet tepi pantai anda boleh dapati di sini.

Kalau nak ikutkan Terengganu ni sentiasa terkenal dengan percutian pulau yang menarik seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Tapi sesetengah orang adakalanya malas nak ke pulau dan memilih percutian biasa di negeri Terengganu je.

Sepanjang Kuala Terengganu tu anda akan jumpa banyak chalet yang cantik menghadap laut china selatan. Tak terkata juga keindahannya.

Kalau anda idamkan percutian pantai di negeri ni, salah satu chalet yang anda boleh kunjungi ialah Chalet As Salam yang terletak di Kampung Mengabang Telung di Kuala Terengganu.

CHALET SUASANA KAMPUNG

Chalet ni bertemakan suasana dan penginapan kampung yang berhadapan je dengan pantai. Keluar je dari chalet anda boleh nikmati udara segar dari pantai dan boleh dengar deruan ombak. Antara tarikan utama di sini.

Pemandangan di sini cantik dan penuh pokok menghijau yang tinggi lampai. Kawasannya juga tidak sibuk dan agak privacy. Dengan persekitaran chalet yang lapang dan tenang, di sini amat sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga bagi anda yang merancang untuk buat family day beramai-ramai.

Dengan konsep chalet bertemakan kampung, di sini terdapat 14 buah chalet yang lengkap dengan kemudahan termasuk penghawa dingin.

Klik sini kalau nak rasai Percutian Hutan Berdekatan Sungai Di Janda Baik. Boleh Rasai Penginapan Canopy Di Sini.

BERMALAM DALAM KHEMAH DI TEPI PANTAI

Bukan tu sahaja, antara kelebihan chalet ni ialah kemudahan untuk buat aktiviti berkhemah dan bersantai di tepian pantai.

Jadi bagi anda yang suka camping, di sini turut ada disediakan tapak perkhemahan berpasir yang bersebelahan je dengan pantai, menjanjikan suasana yang tenang dan dingin.

Kalau ingin cari khemah yang besar sesuai untuk 1 family, boleh klik sini. Khemah luas dan besar boleh muatkan sehingga 8-12 orang.

Untuk penginapan di sini, ada beberapa jenis chalet anda boleh pilih. Antaranya chalet family yang terdapat 1 katil queen dan 1 katil single. Harganya dalam RM180 satu malam.

Selain tu ada juga chalet 1 katil king dan chalet 1 katil queen yang masing-masing berharga RM150 dan RM100 satu malam. Sesuai untuk anda yang datang berpasangan.

Bukan tu sahaja, ada juga pilihan chalet untuk 1 katil single yang berharga RM80 sahaja satu malam.

Yang seronoknya, waktu malam anda boleh berbbq bersama keluarga. Ada tempat dan meja bbq disediakan.

Walaupun chalet ni di kawasan tepi pantai dan agak jauh sikit dari bandar, tapi mudah untuk akses kedai makan dan pekan. Chalet ni hanya 18km sahaja dari Kuala Terengganu.

Jadi, bagi anda yang ingin bercuti di Terengganu, bolehlah ke chalet tepi pantai yang dinamakan Chalet As Salam ni. Boleh rasai sendiri suasana waktu pagi melihat matahari terbit dan waktu petang melihat matahari terbenam.

Nama: Chalet As Salam

Alamat: Lot 9387, Jalan Batu Rakit, Kg Mengabang Telung, 21030 Kuala Terengganu.

No phone: 019 – 9824 100 / 013 – 9488 100 / 013 – 9588 100

Email: chaletassalam@gmail.com