Chalet Berdekatan Sungai Untuk Percutian Tenang Di Janda Baik. | JOM BERCuti
Kalau nak cari tempat percutian menarik, biasanya Janda Baik ni jadi tumpuan orang ramai. Sebab sini hanya 40km je dari KL, dan suasanya penuh dengan ketenangan jauh dari kesibukan bandar. Salah satu tempat menarik anda boleh kunjungi ialah chalet berdekatan sungai yang dinamakan Teratak Malaya ni.
Chalet ni sebenarnya dah lama ditubuhkan, tapi semenjak musim covid menyebabkan ianya berhenti beroperasi sementara. Namun sekarang chalet ni dah kembali hidup. Menjadi destinasi pengunjung untuk bawa keluarga mandi manda di sungai dan bersantai dalam hutan.
Baru-baru ni dah mula ada kolam renang pula. Anda ada pilihan mandi kolam renang kalau dah muak mandi sungai.
Chalet kat sini berkonsepkan penginapan bali dan rumah kampung. Menariknya kawasan sekeliling penuh dengan kehijauan untuk anda bersantai di seluruh kawasan chalet. Ada tempat berehat dan bersantai seperti gazebo, dan kerusi rehat disediakan di sekitarnya.
PENGINAPAN BERHAMPIRAN SUNGAI
Kalau lihat penginapan yang ada, memang ada banyak pilihan chalet anda boleh pilih. Ada antaranya berdekatan dengan sungai. Buka je tingkap anda akan terus nampak sebatang sungai depan mata.
Ada juga penginapan yang menghadap tasik atau kolam ikan. Teratak Malaya ni ada kira-kira lebih 40 unit chalet juga. Dan kesemuanya dari kayu dan buluh. Dapat menggamit nostalgia tidur dalam rumah kampung.
SESUAI UNTUK PERCUTIAN BIASA DAN HARI KELUARGA
Macam-macam jenis bilik penginapan yang bersesuaian untuk keluarga, kumpulan kecil, pasangan dan sebagainya. Penginapannya bukanlah jenis mewah, tapi ringkas dan selesa. Ada yang datang ke sini untuk percutian kecil bersama keluarga, atau juga yang buat hari keluarga dengan keluarga yang lebih besar.
Bukan tu sahaja, program atau aktiviti reunion, sekolah, kem motivasi dan sebagainya juga turut sesuai dibuat di sini sebab ada penginapan jenis asrama dan dewan yang boleh menampung lebih 100 orang dalam satu masa.
Klik sini untuk lihat Penginapan Dalam Hutan Menghadap Sungai Di Ipoh Perak. Port Percutian Tenang Bersama Keluarga.
Selain bersantai dalam hutan dan mandi manda, boleh juga buat aktiviti berbbq, memancing atau riadah yang sesuai dilakukan di kawasan persekitaran chalet. Anda kena pandai merancang aktiviti mengikut jenis percutian yang dilakukan.
Biasanya yang buat hari keluarga, boleh buat aktiviti sukaneka, bola tampar, badminton dan sebagainya. Namun kalau nak buat percutian simple dan biasa je, biasanya boleh buat aktiviti berbbq, mandi manda dan bagi makan ikan di kawasan tasik.
Pakej harga di sini mengikut jenis penginapan. Bergantung kalau anda pilih penginapan jenis rumah untuk keluarga dan juga chalet untuk pengunjung yang tak ramai. Dan pakej penginapan biasanya ada sarapan pagi. Nak tahu lebih detail mengenai penginapan dan harga anda boleh hubungi terus pemilik chalet ni.
Lepas ni kalau anda ingin janjikan percutian tenang dan damai dalam kawasan hutan, bolehlah pilih Teratak Malaya ni sebagai destinasi percutian. Bukan je kelebihan chalet berdekatan sungai, namun lebih kepada percutian ‘back to nature’. Seronok bila hanya bunyi hutan dan sungai je di sini.
Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh terus hubungi pemilik chalet mengenai penginapan yang ada di sini.
Nama: Teratak Malaya
Alamat: Lot 5185, Lorong Janda Baik 1, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.
No phone: 019- 919 2040 atau 019- 688 8240
Facebook: Teratak Malaya
0 Response to "Chalet Berdekatan Sungai Untuk Percutian Tenang Di Janda Baik. | JOM BERCuti"