Chalet Pemandangan Hutan Dan Gunung Ganang. Sekali Dah Sampai Sini Confirm Repeat Lagi! | JOM BERCuti

 


Tenang rasanya kalau dapat bercuti di chalet yang dikelilingi hutan dan gunung ganang macam ni. Penginapan yang dinamakan Gua Kelam Chalet ni terletak di Kaki Bukit, Perlis. Antara tarikan terbaru di negeri ni. Pemandangan sekitarnya sangat cantik dan tenang. Sesuai bagi anda yang sukakan percutian alam.

Kelebihan chalet ni ialah kawasannya agak privacy dan tak sibuk dengan bangunan dan kenderaan. Nak masuk kawasan ni pun perlu melalui kawasan berdekatan dengan Gua Kelam. Sepanjang jalan anda boleh menikmati keindahan alam dan bunyi-bunyian hutan.

MACAM BERCUTI KAT LUAR NEGARA

Apa yang menariknya, bila sampai je ke chalet ni boleh buatkan kita teruja disebabkan kecantikan kawasan dan chalet penginapannya. Bukanlah biasa-biasa sebab chalet ni dibina dengan konsep moden dan mewah walaupun persekitarannya hutan. Dekorasi dan pemandangan pun cantik macam penginapan luar negara.

Siap ada kolam renang dan kawasan untuk berehat santai. Boleh berehat-rehat dengan pemandangan pokok dan gunung ganang menghijau depan mata. Boleh dikatakan hidden gem juga kawasan ni bagi yang tak tahu tu. Sesuai untuk percutian keluarga, pasangan dan kawan-kawan.

CHALET PEMANDANGAN GUA KELAM

Lebih teruja bila jejakkan kaki ke dalam chalet. Chalet yang disediakan agak luas, ada beranda, dan paling seronoknya ada view pemandangan hutan dan Gua Kelam. Senang kata, memang jadi percutian back to nature.

Kat sini ada 17 buah chalet yang cantik, luas dan lengkap dengan kemudahan. Semua kedudukan chalet bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain. Jadi, seronoklah kalau anda nak buat percutian bersama keluarga di sini.

Klik sini untuk lihat Chalet Pemandangan Air Terjun Di Taiping Perak. Port Terbaik Untuk Percutian Alam Semulajadi.

Standard Room

Deluxe Room

    Superior Room

      Family Suite

        Presidential Suite

          Aktiviti paling seronok di sini dah tentu mandi kolam renang. Tak lengkaplah rasanya kan kalau dah bercuti tu tak ada aktiviti mandi manda. Kali ni siap dengan pakej mandi manda dengan pemandangan hutan. Tenang je rasanya.

          Selain tu kalau nak buat aktiviti berbasikal pun boleh di sekitar kawasan chalet ni. Basikal turut ada disediakan oleh pihak chalet.

          Kawasan ni juga berdekatan dengan dusun buah-buahan seperti rambutan dan durian. Kalau tiba musimnya, dapatlah anda merasa makan buah-buahan.

          Apa lagi, bagi anda yang sukakan percutian alam semulajadi tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam list port percutian anda.

          Nama: Gua Kelam Chalet Perlis

          Alamat: 368 Belakang Sekolah Cina,

          02200 Kaki Bukit, Perlis.

          No phone: 019 – 506 0596

          Email: guakelamchalet@gmail.com

          Facebook: Gua Kelam Chalet Perlis

          Website: guakelamchaletperlis.com