Chalet Suasana Kampung di Selangor, Digelar Little Bali Oleh Pengunjung! | JOM BERCuti
Terletak di Sg Buloh, chalet suasana kampung ni diberikan konsep seakan suasana Bali sebab kaya dengan senibina dan hiasan serupa macam bercuti di Bali. Binaannya ialah klasik moden dengan konsep semulajadi. Confirm best bawa keluarga bercuti ke sini.
Diasaskan oleh usahawan terkenal Dato Aliff Syukri, chalet ni ada banyak kelebihan untuk dijadikan port bercuti dan meluangkan masa dengan keluarga. Ada pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini antaranya mandi manda di kolam renang, melawat mini zoo, menunggang kuda, memancing dan macam-macam lagi.
Dalam satu tempat penginapan je dah boleh buat macam-macam aktiviti percutian yang menyeronokkan.
Yang best dan specialnya tempat ni ialah kolam renang gergasi yang dibuka 24 jam. Tiada had pada pengunjung menikmati aktiviti mandi manda!
Pada yang berkeluarga pula memang seronok untuk bawa anak-anak ke sini untuk bermain-main dengan haiwan peliharaan yang jinak. Ada 86 ekor binatang dengan spesis yang berbeza. Confirm anak-anak teruja.
CHALET KONSEP SEMULAJADI
Percutian kat sini jadi eksklusif. Mana tidaknya, hampir kesemua penginapan lengkap dan selesa dengan ruang tamu dan balkoni yang luas. Dekorasi pun kemas dengan konsep klasik dan semulajadi.
Paling best sekali kat chalet suasana kampung ni, dari ruang balkoni pengunjung dapat nikmati panorama flora dan fauna dengan persekitaran yang nyaman. Takda gangguan dari kesibukan bandar!
Banyak pilihan penginapan yang ada kat sini. Ada yang untuk keluarga kecil, untuk suami isteri honeymoon, dan juga penginapan untuk keluarga yang besar. Kesemuanya ada 16 jenis penginapan!
SUGEH DELUXE
SUGEH BENGONIA, SUGEH RAFFLESIA (bilik bawah)
SUGEH BARN, SUGEH EMBUN, SUGEH SARI (bilik atas)
SUGEH BARN 1, SUGEH BARN 2
SUGEH CEMPAKA, SUGEH KENCANA
SUGEH VILLA
SUGEH BELALANG EXECUTIVE, SUGEH TUPAI EXECUTIVE
SUGEH FAMILY SUITE
KONSEP RUMAH AGAM BESAR
Rumah ni sesuai sangat untuk keluarga besar yang nak bercuti dengan selesa. Macam-macam kelebihan yang ada di rumah agam ni!
PRESIDENTIAL SUITE
Semua penginapan ni berhampiran antara satu sama lain. Dan berdekatan juga dengan kolam renang. Senang sangat pada pengunjung yang menyewa lebih dari satu penginapan.
TAK JAUH PUN DARI KOTA KUALA LUMPUR
Datang je kat sini terus boleh rasai ketenangan dari pokok-pokok kehijauan. Walau bagaimanapun, chalet suasana kampung ni berdekatan je dengan bandar Kuala Lumpur. Mudah sangat nak access ke bandar. Hanya 20 minit je dari ibu kota KL.
Apa lagi, jom la ke sini untuk percutian keluarga atau percutian romantik. Lagi-lagi resort usahawan Dato Aliff ni rajin buat promosi. Jangan terlepas!
Nama: Sugeh Village Country House
Alamat: 2974, Lorong Melati, Kampung Cempedak, Sungai Buloh, Selangor
No phone: +6012 475 2133
Email: sugehvillagecountryhouse@gmail.com
Kalau korang nak mandi laut dan buat aktiviti snorkeling kat LAUT BIRU, jom la ke pulau syurga Malaysia ni, dan rasai sendiri percutian di resort yang menghadap pantai!
0 Response to "Chalet Suasana Kampung di Selangor, Digelar Little Bali Oleh Pengunjung! | JOM BERCuti"