Chalet Tepi Laut, Tepi Kolam, Antara Port Yang Best Untuk Bercuti di Kelantan | JOM BERCuti

 


Bayangkan sambal mandi kolam tu, dapat menikmati pemandangan pantai sekaliChalet tepi laut di Kelantan ni sesuai untuk percutian yang tenang bersama keluarga dan kawan-kawan.

D MUARA CHALET MELAWI

Chalet ni boleh jadi tempat penginapan untuk berehat sebab kawasan sekitar pantai yang tenang dan damai. Dengan kedudukannya tepi pantai dan jauh dari kesibukan bandar, chalet ni sesuai untuk dijadikan sebagai percutian privacy.

Bukan tu je. Bagi yang nak berhari keluarga pun sesuai di sini. Sebab persekitaran chalet dan pantainya yang luas. Seronok kan kalau dapat buat aktiviti kat pantai. Tempat cantik, dan udara dari laut pun nyaman. Nak ootd dan bergambar pun seronok.

KOLAM RENANG MENGHADAP PANTAI

Tak cukup dengan keseronokan pengunjung menikmati penginapan chalet tepi pantai, kat sini dapat juga rasai pengalaman mandi kolam renang yang menghadap lautan yang luas. Sambil berendam, sambil feeling-feeling udara dari arah laut.

Yang bestnya, kat sini ada 2 kolam iaitu saiz kecil dan saiz besar. Sesuai untuk dewasa dan anak-anak kecil.

Dah puas mandi, boleh terus berehat-rehat santai di sekitar chalet dan buat permainan pantai bersama keluarga. Baru betul-betul seronok bercuti di chalet tepi laut.

HARGA BERPATUTAN

Sesuai dengan konsepnya yang simple dan santai, chalet tepi pantai ni menawarkan harga yang berpatutan. Senarai bilik yang ada:

Bilik Beachsuite:

    Ala Cottage

      Bilik Deluxe

        Bilik King

        Bilik Ekonomi

          Setiap bilik lengkap dengan penghawa dingin (kecuali bilik ekonomi). Dan kemudahan lain yang ada ialah freezer dan chiller. Ada diantaranya memiliki ruang santai di depan chalet untuk pengunjung chill-chill sambil menikmati udara laut. Dan setiap 1 bilik disediakan 1 ruang parking kereta.

          Yang bestnya tu, melangkah keluar chalet je dapat rasai pasir pantai yang lembut. Bukan selalu dapat rasai pengalaman macam ni kan.

          Nak nikmati chalet DEPAN SUNGAI pulak? Jom ke sini.

          Antara resort yang murah di Pahang!

          HARI KELUARGA LEBIH BERMAKNA

          Kedudukan chalet tepi pantai, ada kolam renang, dan lebih-lebih lagi ada taman rekreasi pantai kat sekitarnya, tentu seronok sekali buat hari kelaurga kat sini. Yang bestnya tu, ada yang siap berkhemah untuk merasai percutian tepi laut.

          Nak berkelah dan berbbq pun tak ada hal. Sebab chalet ini menyediakan tempat untuk aktiviti berbbq. Baru lah percutian hari keluarga lebih bermakna!

          Selain dari tu, chalet ni juga berdekatan dengan kemudahan lain dan tempat menarik di Kelantan. Antaranya:

            Pada yang berdetakan di timur dan utara Malaysia, apa lagi. Jom plan bercuti atau hari keluarga di chalet tepi pantai ni. Damai, cantik dan berpatutan. Dapatlah menenangkan fikiran semasa bercuti dan bergembira bersama keluarga.

            Nama: D Muara Chalet Melawi

            Alamat: Lot 3067 Kampung Sungai Dua Melawi, 16300 Bachok Kelantan

            No phone: 014-840 3115 (whatsapp only)

            Call: 011-25520801 / 019-5770 890