Homestay Depan Laut Membiru Di Terengganu, Antara Pantai Yang Sangat Cantik Di Negeri Ni! | JOM BERCuti
Pemandangan cantik, pantai yang indah, dan persekitarannya juga menenteramkan. Inilah gambaran suasana yang ada di homestay depan laut membiru di Terengganu ni. Macam beach house di luar negara.
Kebiasannya, bila nak ke Negeri Pantai Timur ni kita perlulah memastikan bahawa perancangan waktu perjalanan ke sana sentiasa diambil kira sepenuhnya. Perlu bijak dalam memastikan keadaan cuaca di sana sesuai untuk bercuti dan menikmati keindahan pantai.
Kalau pergi waktu cuaca sentiasa hujan atau tidak menentu pada bulan November sehingga Februari, rugilah rasanya kerana tak dapat menikmati aktiviti pantai dan suasana pemandangan yang sebenar.
Seelok-eloknya merancang percutian pada April hingga September kerana mungkin waktu inilah dapat menikmati cuaca panas dan dingin pantai selain dapat menikmati pemandangan laut yang cantik di sini.
Nikmat percutian tu dapat dirasai, lagi-lagi dapat menginap di homestay yang berhadapan dengan pantai. Dapat melihat sendiri panorama matahari naik dan terbenam, selain menyaksikan air pasang surut dan melihat ombaknya memecah pantai.
‘Vibe’ penginapan ni berbeza dengan penginapan lain yang biasa kita lihat. Ini kerana pemandangannya yang lebih terbuka pada persekitaran yang nyaman dalam suasana kampung. Terlihat pokok-pokok kelapa yang tinggi menjulang di sekitar kawasan ni.
Kawasan chalet ni tenang dan privacy dan jaraknya berhampiran dengan laut sehingga boleh merasai udara nyaman pantai dari dalam bilik je. Sangat mendamaikan.
Homestay ni dinamakan Sekepeng Penarik yang terletak di Kampung Penarik. Jaraknya 45 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Homestay ni juga berada dalam jarak 30 kilometer dari Pulau Redang. Kalau anda ingin ke Pulau Redang, perjalanan ke jetinya hanya dalam 10 minit sahaja.
Sekiranya merancang percutian ke negeri Pantai Timur atau ke Pulau Redang ni, boleh jadikan homestay ni sebagai salah satu destinasi penginapan. Tambahan lagi di sini terkenal dengan makanan celup tepung yang memang sinonim dengan negeri Terengganu. Tempat yang strategik untuk berehat dan bersantai.
Apa yang menariknya lagi ialah kolam renangnya yang besar kat depan bilik penginapan. Homestay ni pun beberapa langkah je nak ke pantai. Seronok kalau dapat mandi kolam dalam suasana nyaman sebegini.
Kawasan homestay luas dan bersih. Nak bercuti dengan family untuk beriadah pantai, mandi kolam dan berbbq memang sangat menyeronokkan.
Penginapan pun jenis tradisional moden yang sememangnya sesuai untuk penginapan santai depan pantai. Perabot dan dekorasi di dalamnya klasik yang dihias cantik dan kemas.
Di sini terdapat 5 unit homestay. 4 unit darinya merupakan homestay 2 bilik. Manakala 1 unit lagi merupakan homestay 3 bilik.
Bagi homestay 2 bilik, boleh memuatkan maximum 6 orang termasuk kanak-kanak. Harganya ialah RM400 semalam.
Untuk homestay 3 bilik pula, ianya boleh memuatkan maximum 9 orang termasuk kanak-kanak dan harganya ialah RM550 semalam.
Klik sini untuk lihat chalet ala kampung depan Teluk Senangin di Perak untuk percutian hari keluarga.
Dalam setiap unit homestay ni ada ruang tamu dan dapur yang lengkap untuk memasak. Kemudahan pun selesa termasuk penghawa dingin, tv, peti sejuk, filter air, microwave, towel dan barang mandian.
Selain dari tu, apa yang menariknya lagi di sini ialah sekiranya ingin mendapatkan makanan laut, harganya murah dan berpatutan. Dapatlah pengunjung masak-masak dan berbbq sakan. Kalau nak dapatkan makanan di luar pun tiada masalah. Ada banyak kedai makan berhampiran di sekitar homestay ni.
Apa lagi. Jangan lepaskan peluang untuk merasai percutian depan pantai yang indah di Pantai Penarek ni. Cepat-cepat booking homestay depan laut membiru di Terengganu ni dan rasai sendiri percutian nyaman depan pantai dalam kawasan kampung yang sebenar.
Nama: Sekepeng Penarik
Alamat: Lot 1058, Jalan Penarik, Kg Mangkok, 21090 Permaisuri Terengganu
No phone: 019-669 8117 / 016-379 4257
0 Response to "Homestay Depan Laut Membiru Di Terengganu, Antara Pantai Yang Sangat Cantik Di Negeri Ni! | JOM BERCuti"