Homestay Kolam Renang, Chalet Unik 3 Segi di Selangor, Port Best Untuk Family Day | JOM BERCuti

 


Biasanya kalau nak set family day tu, mesti kita cari homestay yang banyak bilik, kat kawasan luas, ada kolam renang dan suasana tenang kan. Apa kata jom tengok homestay kolam renang di Sabak Bernam ni.

Bukan setakat kolam renang, kat sini ada banyak bilik penginapan yang cantik, unik dan yang penting selesa untuk bilangan ahli keluarga yang banyak.

Terletak kat hujung Selangor iaitu Sabak Bernam, homestay ni boleh jadi port percutian yang tenang dan damai sebab persekitaran yang penuh dengan ladang sawit. Tak perlu pening-pening dengan kesibukan bandar.

Baru sahaja dibuka setahun, kat sini ada jenis rumah untuk keluarga, dan ada juga jenis chalet yang berkonsep tiga segi. Biasanya yang tiga segi ini lah yang menarik perhatian sebab keunikan bentuknya. Tambahan lagi ianya baru sahaja beroperasi. Masih cantik dan ‘fresh’ lagi!

Yang lagi seronoknya tu, di homestay ni ada 2 buah kolam renang yang luas. Satu untuk dewasa dan satu lagi kanak-kanak. Bila hari keluarga tu, mandi kolam lah aktiviti santai yang paling anak-anak suka sekali.

Kalau nak set game family day pun tak ada masalah. Kedudukan chalet dan homestay terletak dalam satu kawasan berhampiran je antara satu sama lain. Dan kat kawasan sama terdapat laman rumput yang luas untuk korang set permainan hari keluarga. Mudah je nak berkumpul dan bermain kan?

BOLEH TEMPATKAN LEBIH 100 ORANG

Bagi yang nak buat family day tu, korang ada pilihan jenis rumah penginapan yang bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga.

Kalau keluarga yang ramai, boleh pilih jenis homestay 2 bilik atau 3 bilik. Dan bagi yang bilangannya sedikit, bolehlah memilih chalet 3 segi. Kesemuanya kat sini terdapat 29 buah bilik.

Chalet tepi laut, tepi kolam! Klik sini untuk lihat satu lagi port family day yang best di Pantai Timur

HOMESTAY 3 BILIK (6 UNIT)

    HOMESTAY 2 BILIK (2 UNIT)

      CHALET SEGI TIGA (7 UNIT)

        Dengan keselesaan dan kemudahan yang ada kat homestay dan chalet ni, boleh dikatakan harganya berbaloi-baloi kan?

        Bukan tu je, ada kemudahan lain lagi terdapat kat sini. Antaranya:

          Selain tu, walaupun terletak kat kawasan sawit, kemudahan pekan masih mudah di’access’. Hanya 5 minit sahaja memandu korang dapat kemudahan:

            Bagi yang betul-betul nak set family day dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, pihak homestay ni turut ada sediakan pakej HARI KELUARGA FULL BOOKING.

            Korang boleh booking keseluruhan kawasan dengan jumlah 29 bilik dengan harga RM2700 pada weekdays dan RM3000 untuk weekend dan public holiday. Boleh menginap 100-150 orang mengikut keselesaan. Untuk makanan pula boleh request dari pihak homestay untuk catering yang disediakan.

            Apa lagi, jom set family day kat sini!

            Nama: D’Teratai Anggun Sepintas

            Alamat: Teratai Anggun Sepintas, Batu 2 Sepintas 45200 Sabak bernam. Selangor

            No phone: 014-929 7587