Homestay Suasana Kampung, Kolam Renang Kat Tepi Rumah Je, Murah Di Pahang | JOM BERCuti

 


Sesekali kalau nak berehat dan menangkan fikiran di kawasan kampung yang tenang, boleh lah ke Kampungstay Desa Murni di Temerloh ni. Bukan setakat homestay suasana kampung je, siap ada kolam renang tepi rumah lagi!

Terkenal dengan konsep rumah kampung tradisional, homestay ni ada kelainan sebab dapat bagi pengalaman macam tinggal kat kampung halaman. Rumah kayu, konsep sederhana, dan ruang dalam rumah yang luas. Alaa..macam rumah nenek-nenek kita!

KOLAM RENANG BERTINGKAT

Yang specialnya, homestay suasana kampung ni siap ada kolam renang dalam 1 kawasan. Bukan biasa-biasa! Kolam renang bertingkat dan luas untuk ramai pengunjung. Confirm anak-anak seronok kalau dapat bermain dalam kolam macam ni.

Kat sini ada 7 buah rumah yang lengkap dengan semua perkakasan rumah. Siap ada penghawa dingin lagi. Selesa sangat kalau nak bercuti dengan keluarga kecil atau besar.

Lagi-lagi sekarang tengah buka promosi PKPP untuk sesetengah rumah. Boleh lah plan bercuti kat sini sehingga hujung tahun 2020 ni. Nak plan family day pun best kat kan!

Jom tengok satu lagi penginapan chalet dalam suasana kampung di Selangor. Klik sini. Orang panggil the little Bali!

ADA RUMAH MODEN, ADA RUMAH TRADISIONAL

RUMAH 1 (moden)

  • Harga asal RM650. Promo PKPP RM520

RUMAH 2 (moden)

  • Harga asal RM700. Promo PKPP RM560

RUMAH 3 ( tradisional)

  • Harga asal RM650. Promo PKPP RM520

RUMAH 4 (tradisional)

    RUMAH 5 (tradisional)

    • Harga asal RM350. Promo PKPP RM280

    RUMAH 6 (tradisional)

      RUMAH 7 (tradisional)

        Kalau nak bercuti dengan keluarga kecil pun tak ada masalah. Kat sini ada jenis bilik yang lebih kecil:

        TWIN BEDROOM

          DELUXE ROOM

            FAMILY QUAD

              Kalau dah sampai homestay ni, sambil-sambil family day tu jangan lupa singgah tempat menarik yang ada kat sini, okay! Antaranya:

              1. Kampungstay Desa Murni, Temerloh 🛌
              2. Elephant Sanctuary, Kuala Gandah 🐘
              3. Deerland Park, Temerloh 🦘
              4. Temerloh Waterpark 💦
              5. Pekan Sari, Temerloh 🥬
              6. Car Boot Sale, Temerloh 🚗
              7. Ukiran Batik, Temerloh 🎨
              8. Gunung Senyum, Temerloh 

              Barulah percutian lagi bermakna.

              Nama: Kampungstay Desa Murni

              Alamat: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang

              No phone: Booking 09-284 7949

              No phone: Counter  012-553 4715 (SMS/WhatsApp)