Nak Rasa Percutian Hutan Berdekatan Sungai, Jom Bercuti Di Penginapan Canopy Di Janda Baik Ni. | JOM BERCuti
Bercuti di kawasan hutan ni memang seronok dan menjadi pilihan. Tak macam dulu ramai memilih bercuti di hotel sebab lebih selesa dan mewah. Tapi sekarang ni bercuti dengan konsep perkhemahan dah menjadi trend sebab lebih tenang dan damai. Kalau anda nak cari tempat percutian hutan yang menarik, salah satu boleh dikunjungi ialah Canopy Villa Tampek Valley di Janda Baik ni.
Penginapan ni antara lokasi strategi untuk percutian khemah dalam hutan bagi anda yang suka suasana alam semula jadi. Tambahan pula ianya berdekatan dengan sungai.
Tempat ni betul-betul memberikan pemandangan hijau dengan bunyi-bunyian hutan dan air sungai mengalir. Sungai pun tenang dan tak dalam, sesuai untuk semua lapisan umur bermandi manda.
SUASANA GLAMPING ALA MEWAH DAN SELESA
Penginapan di sini bukanlah khemah yang kecil, tapi khemah canopy yang lebih besar dan selesa. Konsepnya seperti bilik dan ditambah baik pula dengan kemudahan lengkap untuk keselesaan pengunjung.
Yang uniknya, dekorasi dalam dan luar bilik canopy ni disusun cantik dan rapi macam bilik hotel. Memberi kepuasan kepada pengunjung. Selain dapat menikmati ketenangan hutan, dapat juga berehat dan menginap di tempat yang selesa.
Canopi Villa Tampek Valley di Janda Baik ni hanya 45 minit dari Kuala Lumpur dan 30 minit dari Genting Highland. Penginapan konsep ‘glamping’ ni menyediakan khemah canopy yang mewah dengan 2 jenis bilik penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga atau kawan-kawan.
Klik sini untuk lihat Chalet Berdekatan Sungai Untuk Percutian Tenang Di Janda Baik.
DELUXE SAFARI TENT
Penginapan jenis deluxe ni ada 1 katil queen, 1 katil single dan 1 katil bunk bed. Bilik ni sesuai untuk 5 orang dewasa dan lengkap dengan kemudahan termasuk aircond, tandas dan open kitchen. Dekorasi bilik pun selesa seperti hotel lengkap dengan rak baju, meja dan sebagainya.
Jadi pengunjung yang datang pun masih rasa selesa seperti penginapan di hotel biasa. Harga penginapan pun RM880/malam termasuk sarapan pagi, memang berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.
SUPERIOR SAFARI TENT
Yang ini pula penginapan untuk 6 orang. Bilik ni ada 1 katil queen, 2 katil single dan 1 bunk bed. Lebih kurang sama je semua kemudahan dengan bilik Deluxe tadi, cuma yang membezakannya ialah jumlah pengunjung.
Penginapan ni berharga RM680/malam termasuk sarapan pagi.
Kebiasaanya kalau percutian dalam hutan ni lebih seronok ada aktiviti bersantai-santai dalam kumpulan. Di sini anda juga boleh ambil pakej campire dan bbq untuk bersantai dan menghabiskan masa dengan keluarga.
Selain tu, turut ada aktiviti memanah, bersukan, ATV, memancing, dan juga trekking ke air terjun. Seronok percutian di sini sebab banyak aktiviti anda boleh buat selain mandi sungai dan menikmati kehijauan hutan.
Sepanjang percutian pun akan rasa selesa sebab kawasan glamping ni nampak cantik dan dijaga rapi dari segi penstrukturan dan kebersihan. Tengok pun nampak tenang. Memang sesuai untuk anda yang suka percutian hutan konsep perkhemahan.
Nama: Canopy Villa Tampik Valley
Alamat: Lot 8385A, Kg Cheringgin, Janda Baik, 28750 Bentong Pahang
No phone: 013- 333 8122
Email: booking@canopyvilla.com
Website: www.canopyvilla.com
Facebook: Canopy Villa Glamping Park
0 Response to "Nak Rasa Percutian Hutan Berdekatan Sungai, Jom Bercuti Di Penginapan Canopy Di Janda Baik Ni. | JOM BERCuti"