Pakej Pulau Redang Murah, Siap Dapat Tidur Bilik Deluxe Untuk 3H2M | JOM BERCuti
Tiap kali nak bercuti ke pulau, mesti ramai yang mencari pakej Pulau Redang murah sebagai destinasi percutian. Semua tahu, Pulau Redang sangat popular sebab kecantikan pasir dan air lautnya. Boleh dikatakan antara pulau yang paling cantik di Malaysia.
Kat sini bukan environment je cantik. Tapi bagi pengalaman paling best bila buat aktiviti laut yang paling popular iaitu snokerling.
Terutama sekali di Pantai Pasir Panjang di pulau ni. Pantai ni antara yang paling cantik dengan keputihan pasirnya. Dengan batu karang dan ikan yang terdapat hanya beberapa meter sahaja dari tepi pantai, Pantai Pasir Panjang memang jadi tarikan pelancong untuk buat aktiviti snorkeling saban tahun.
PAKEJ SNORKELING MAMPU MILIK UNTUK 3H2M
Terdapat di Redang Holiday Beach Resort. Pakej Pulau Redang murah untuk 3H2M boleh didapati di resort ni untuk percutian sepanjang tahun 2020.
Resort ni terletak di kawasan persisiran pantai di Pulau Redang, dengan seni bina tradisional, ianya antara yang paling cantik di sini. Ramai pengunjung berpuas hati dengan kecantikan dan kemudahan yang pihak resort sediakan.
PEMANDANGAN YANG CANTIK DARI BILIK PENGINAPAN
“Terima kasih dengan perkhidmatan terbaik untuk 3H2M ni. Kemudahan di sini terbaik. Hidangan makanan di luar jangkaan saya. Dan pemandangan dari bilik dan resort sangat cantik..” – Ini antara komen dari salah satu pengunjung ke sini.
Serendah RM350/sorang untuk 3H2M, pengunjung boleh nikmati:
✔️ Penginapan bilik selesa berpenghawa dingin
✔️ Semua makan minum
✔️ Boat pergi balik dari Jeti Merang Setiu
✔️ 3 trip snorkeling
Jenis bilik penginapan yang ada di sini ialah:
🔹 Standard Room:
🔹 Deluxe Room:
🔹 Semi-D Banglo:
🔹 Semi-D Banglo Seaview:
TAK NAK MANDI LAUT, KOLAM RENANG PUN ADA
Ada yang mungkin tak suka mandi air laut atau dah muak ke pantai, boleh juga berendam dalam kolam renang yang ada di resort. Kolam renang ni termasuk sekali dengan jakuzi dan kolam untuk kanak-kanak. Sekitar kolam renang juga terdapat ruang duduk yang dikelilingi tanaman-tanaman hijau untuk pengunjung duduk dan berehat santai. Mudah untuk ibu bapa nak mengawal anak-anak yang sedang bermandi manda.
Bukan tu je, kat resort ni ada juga tempat yang boleh pengunjung buat aktiviti dan permainan sendiri. Boleh bermain bola tampar, bola sepak pantai, dan game sukaneka. Ruang untuk berkaraoke pun ada! Jangan risau kalau tak ada aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Kemudahan yang resort sediakan ni confirm tak kan buatkan pengunjung boring sepanjang bercuti kat sini.
MAKAN-MAKAN SAMBIL MENGHADAP AIR LAUT BIRU
Specialnya kat sini, pengunjung boleh menikmati juadah makanan yang pelbagai yang pihak resort sediakan. Makanan ni termasuk sekali dalam pakej percutian yang diambil. Paling syok sekali, sambil menjamu selera, sambil tu boleh menghayati pemandangan laut biru depan mata. Dapat nikmati pula udara dingin dari pantai. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Apa lagi. Jom booking awal pakej Pulau Redang 3H2M ni sebelum waktu peak hujung tahun. Rebut tempat sebelum tempahan penuh!
Nama: Redang Holiday Beach Villa
Alamat: 35, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Ada lagi resort murah depan pantai yang boleh korang usha untuk percutian lepas pkp ni. Serendah RM60/seorang je dah boleh bawa keluarga datang ke sini tau!
0 Response to "Pakej Pulau Redang Murah, Siap Dapat Tidur Bilik Deluxe Untuk 3H2M | JOM BERCuti"