Penginapan Kabin Betul-Betul Depan Pantai Di Pulau Pangkor. Cantik! Dah Macam Kat Luar Negara. | JOM BERCuti
Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik tepi pantai yang indah macam kat luar negara yang boleh anda kunjungi di Malaysia ni. Tak payah pergi jauh-jauh. Tak sangka di Pulau Pangkor pun ada penginapan best macam ni tau. Memandangkan tengah ada mood nak bercuti pantai ni, apa kata jom ke penginapan kabin betul-betul depan pantai yang dinamakan Alun Retreat ni. Confirm anda terpukau!
Alun Retreat ni sebenarnya antara yang baru juga di Pangkor ni. Penginapan kat sini unik berkonsepkan kabin yang betul-betul berhadapan pantai. Bercuti di tepi pantai ni memang idaman setiap orang. Tambahan pula, kalau bangun je tidur boleh terus nampak pemandangan laut. Fuhh, rugi kalau sesiapa tak pernah sampai ke sini.
Beberapa langkah je dari pantai, penginapan kat sini ada beberapa jenis bilik. Tapi tak kesemua unit yang betul-betul depan pantai. Ada antaranya yang ada dibelakang-belakang. Tapi anda masih boleh nampak laut juga kalau buka pintu. Dapatlah rasai percutian dengan ocean view.
Tempat lain susah juga nak dapat pemandangan macam ni kan. Indah dan tenang je boleh mendengar deruan ombak sepanjang masa.
KONSEP HOTEL KABIN
Kat sini anda boleh rasai pengalaman menginap dalam kabin. Tapi sebenarnya bukanlah 100% dalam kabin. Semua dibuahsuai seperti hotel yang moden dan selesa. Tak rasa macam tidur dalam kabin kontena pun. Serba serbi cantik dan kelengkapannya pun sempurna. Ada bilik air, tv, penghawa dingin dan sebagainya.
Ada 3 jenis penginapan kat sini. Yang pertamanya ialah Family Beachfront. Sesuai untuk pengunjung yang ramai. Untuk jenis penginapan ni ada 2 jenis bilik. Bilik yang ada 2 katil queen dan 1 katil single, atau pun 1 katil queen, 2 katil single dan 1 sofabed.
Ianya boleh muatkan 5 orang. Sesuailah untuk anda yang datang dengan keluarga atau kawan-kawan. Harga untuk bilik ni serendah RM473.
Klik sini untuk lihat Chalet Ala Kampung Tepi Pantai Di Kg Penarek Terengganu. Pemandangan Pantai Cantik, Hanya Beberapa Langkah Je Dari Chalet!
SIAP ADA BILIK SUASANA ROMANTIK!
Keduanya ialah bilik Oceanfront dan Oceanview. Kalau anda datang dengan pasangan, nak berhoneymoon, atau berdua je, sesuai sangat pilih bilik ni.
Biliknya cantik dan ada tingkap bulat yang boleh anda nikmati pemandangan laut di luar. Siap ada deck lagi! Dapat suasana romantik. Syoklah bagi mereka yang datang dengan pasangan tu. Harga bilik ni serendah RM308.
Dan akhir sekali penginapan Executive Beachfront. Bilik ni lebih kurang sama je dengan bilik Oceanfront dan Oceanview. Kalau anda pilih bilik yg paling depan sekali, paling seronoklah kiranya. Buka je pintu, terus nampak pantai depan mata. Harganya juga serendah RM308.
Teruja kan kalau dapat bercuti kat sini. Sebenarnya kat Pangkor ni tak jumpa lagi penginapan jenis kabin. Atau kalau ada pun susah nak jumpa. Yang ini antara yang pertama menjadi perhatian sebab betul-betul depan pantai dengan pemandangan yang indah.
Ada yang pernah sampai ke sini katanya penginapan ni paling cantik dan seronok di Pangkor. Mana taknya, dapat pakej sekali berkelah, meluang masa dengan keluarga kat depan pantai yang cantik, buat aktiviti laut dan sebagainya. Berbaloilah dengan harganya kan! Susah nak dapat kelebihan macam ni kat tempat lain.
Apa lagi, lepas ni kalau anda ada perancangan bercuti ke Pulau Pangkor, bolehlah ke sini dan rasai sendiri penginapan kabin depan pantai yang indah dan tenang di sini.
Nama: Alun Retreat
Alamat: Jalan Pasir Bogak, Pekan Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak.
No phone: 019- 675 6334 / 05- 685 6334
Email: alunretreats@gmail.com
Facebook: Alun Retreat Pulau Pangkor
0 Response to "Penginapan Kabin Betul-Betul Depan Pantai Di Pulau Pangkor. Cantik! Dah Macam Kat Luar Negara. | JOM BERCuti"