Resort Depan Sungai Ni Antara Yang Murah di Janda Baik, Port Terbaik Untuk Family Day! | JOM BERCuti

 


Datang sini confirm nak repeat lagi! Terletak kat Janda Baikresort depan sungai ni bagi vibe kampung, dicampur dengan suasana kehijauan yang tenang dan damai. Best sangat kalau buat port hari keluarga.

Salah satu villa penginapan di resort ni
Resort depan sungai
Sungai berdekatan. Hanya beberapa langkah je

Ada pelbagai jenis villa di resort ni. Konsep villa ialah rumah kampung sebab seni bina dari kayu dan klasik. Ditambah lagi dengan bunyi deruan air dari sungai kat depan villa, terasa macam betul-betul di kampung halaman! Malam-malam confirm sejuk.

Villa-villa yang ada boleh memuatkan antara 25-30 orang satu malam. Tapi sepanjang PKPP ni, ada SOP kerajaan yang perlu dipatuhi. Pengunjung hanya boleh menginap sebanyak 20 orang sahaja untuk penginapan 1 villa sepanjang musim ni.

Air sungai yang jernih

ADA PRIVATE POOL ALA-ALA KAMPUNG KAT VILLA!

Nama resort depan sungai ni ialah Suunah Koruus Resort. Terletak di tengah-tengah Janda Baik, Bentong.

Yang specialnya, kat sini ada 5 jenis villa. Dan 3 antara 5 villa di sini ada private pool sendiri. Kolam ala-ala kampung pulak tu. Seronok kan. Nak berendam dalam kolam renang boleh, nak terjun sungai pun anytime.

Bagi yang tak ada private pool sendiri tu pun tak ada hal. Hanya beberapa langkah sahaja dari resort menuju ke sungai untuk bermandi manda.

Klik sini untuk tengok satu lagi Homestay suasana kampung siap ada kolam renang tepi rumah je! Port best untuk family day!

SENARAI 5 VILLA DI SINI:

✔️ Villa Panggung
🔹Boleh muat sampai 30 orang.
🔹7 bilik dan 6 bilik air.
🔹Living hall dan dapur.
🔹Harga RM928/malam.

✔️ Villa Irama
🔹Boleh muat sampai 30 orang.
🔹5 bilik dan 4 bilik air.
🔹Ada ruang santai dan dapur.
🔹Harga RM1102/malam.

VILLA YANG ADA PRIVATE POOL

✔️ Villa Pak Belalang
🔹Boleh muat sehingga 30 orang termasuk kanak-kanak.
🔹5 bilik dan 6 bilik air.
🔹Ada kolam renang private, campfire dan dapur.
🔹Harga RM1250/malam.

✔️ Villa Saloma
🔹Boleh muatkan sehingga 25 orang.
🔹Ada 5 bilik dan 3 bilik air.
🔹Ada juga ruang santai dan dapur.
🔹Kolam renang private.
🔹Harga RM1508/malam.

✔️ Villa Seniman
🔹Boleh muatkan sehingga 25 orang termasuk kanak-kanak.
🔹Ada 6 bilik dan 5 bilik air.
🔹Ada kolam renang private, TV cottage, dapur dan ruang bbq.
🔹Harga RM1982/malam.

Kat resort ni turut ada surau terbuka yang luas untuk pengunjung kalau nak solat berjemaah. Sejadah, Al-Quran dan Yasin pun ada disediakan. Boleh la beribadah bersama untuk keluarga yang besar.

Setiap villa ada dapur dan tempat bbq masing-masing. Cuma pengunjung perlu bawa peralatan memasak dan bbq sendiri.

Pihak resort hanya menyediakan tempat sahaja dan basic perkakas penting seperti:

    Tempat bbq yang terletak di salah satu villa

    Untuk mematuhi SOP dari kerajaan sepanjang musim PKPP ni, pihak resort tidak menyediakan kemudahan seperti:

      Semua pengunjung disarankan untuk membawa sendiri untuk keselamatan bersama.

      Apa lagi. Jom plan family day kat resort di Janda Baik ni. Boleh terjun sungai, berendam dalam kolam‍‍‍‍‍‍, berbbq dan berkelah. Harga pun sangat berpatutan. Paling best sekali, dapat create moment mandi sungai beramai-ramai.

      Nama: Suunah Koruss Resort

      Alamat: 113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong, Pahang

      No phone: 018-205 8060