Resort Siap Kolam Renang Berhadapan Pantai, Serendah RM60 Sorang Pun Dah Boleh Bawa Keluarga Bercuti Kat Sini | JOM BERCuti
Berbaloinya! Resort ni ada bermacam-macam jenis penginapan. Dari hotel, ke villa dan juga chalet, semuanya berhadapan je dengan Pantai Tanjung Balau. Resort siap kolam renang dengan harga murah macam ni boleh jadi pilihan percutian sekeluarga.
Walaupun waktu hujung minggu dan public holiday, resort ni menawarkan harga serendah RM60/orang sahaja untuk jenis penginapan hotel dan villa yang cantik dan selesa.
Namanya Bayu Balau Beach Resort, terletak di Bandar Penawar Desaru. Resort ni jadi salah satu port cuti terkenal kat Johor sebab lokasinya yang terletak berhadapan je dengan Pantai Tanjung Balau.
Pantai ni cukup terkenal dengan kecantikan pasir dan airnya. Dekelilingi pula dengan pokok kelapa dan kehijauan flora, boleh bagi suasana tenang dan damai bila bercuti kat sini.
KOLAM RENANG ADA SLIDING
Apa lagi yang biasa kita inginkan bila bercuti, terutamanya dengan anak-anak. Pantai? Kolam renang? Game aktiviti? Kat sini semua ada. Kawasan pantai dan sekitar resort cukup lapang untuk buat bermacam-macam aktiviti hari kelurga.
Paling best sekali kolam renangnya yang luas dan ada sliding untuk tarikan anak-anak kecil. Jarang kita nampak resort siap kolam renang yang murah ada kelebihan macam ni kan. Memang syok habis!
HOTEL, CHALET DAN VILLA DALAM SATU KAWASAN
Penginapan yang ditawarkan ada pelbagai pilihan. Yang suka tinggal dalam penginapan batu, boleh stay di hotel dan villa. Pada yang gemarkan suasana ala-ala kampung rumah kayu pula boleh stay di standard chalet. Lengkap konsep moden dan tradisional.
Yang pasti semuanya dalam satu kawasan resort dan mempunyai facilities yang sama. Tak ada masalah bagi mereka yang nak bercuti beramai-ramai.
Jenis penginapan:
HOTEL
✔️ Standard 2 pax
๐น RM160 weekdays
๐น RM180 weekend
๐น RM200 public holiday
✔️ Deluxe 3 pax
๐น RM210 weekdays
๐น RM230 weekend
๐น RM250 public holiday
✔️ Family Deluxe 4 pax
๐น RM240 weekdays
๐น RM260 weekend
๐น RM280 public holiday
VILLA
✔️ Villa 4 pax
๐น RM340 weekdays
๐น RM360 weekend
๐น RM380 public holiday
CHALET
✔️ Chalet 2 pax
๐น RM130 weekdays
๐น RM190 weekend
๐น RM210 public holiday
✔️ Superior 2 pax
๐น RM150 weekdays
๐น RM190 weekend
๐น RM210 public holiday
✔️ Dorm 8 pax
๐น RM170 weekdays
๐น RM210 weekend
๐น RM230 public holiday
✔️ Family Room 3 pax
๐น RM220 weekdays
๐น RM260 weekend
๐น RM280 public holiday
Setiap bilik di penginapan resort ni memberi pandangan indah yang berbeza kat persekitarannya. Ada yang menghadap laut, kolam renang ataupun landscape resort.
Lagi gambar-gambar bilik penginapan dan persekitaran kat Resort Bayu Balau:
Disebabkan kedudukan yang berdekatan pantai, persekitaran resort ni amat sesuai untuk buat aktiviti-aktiviti santai atau permainan. Dengan environment nya cantik dan kawasan yang luas, memang seronok nak set up aktiviti keluarga.
Kalau dah namanya berdekatan laut, nak buat aktiviti memancing pun boleh pada mereka yang kaki pancing. Hanya menapak sedikit sahaja ke pantai untuk mencari port sesuai untuk memancing.
Untuk menjamu selera pula, resort dah siap tawarkan sekali pakej breakfast pada pengunjung, dan turut ada cafe yang menyediakan bermacam-macam juadah makanan. Tak perlu lagi mencari makanan di luar. Bagi yang inginkan aktiviti bbq, kat sini turut ada tempat dan set bbq yang boleh disewa.
Jadi apa lagi. Jom booking penginapan di resort ni sebelum penuh!
Nama: Bayu Balau Beach Resort
Alamat: Tanjung Balau, 81930 Bandar Penawar, Johor
No phone: 013-723 1330 / 013-723 1060
Email: reservation@bayubalau.com.my
Bagi yang duduk di utara dan terasa jauh nak ke Selatan, ada satu lagi port best depan pantai yang korang boleh pergi di sebelah Pantai Timur. Jom ke Chalet Murah di Terengganu ni!
0 Response to "Resort Siap Kolam Renang Berhadapan Pantai, Serendah RM60 Sorang Pun Dah Boleh Bawa Keluarga Bercuti Kat Sini | JOM BERCuti"