Viral di Facebook, Chalet Depan Pantai Dengan Pemandangan 'Mahal' Ini Antara Yang Termurah Di Terengganu | JOM BERCuti
Chalet depan pantai Terengganu mesti jadi pilihan kebanyakan orang kalau bercuti ke Pantai Timur sebab pantainya yang cantik dan bersih buatkan sedap mata memandang. Ada yang suka bercuti dekat Chalet depan pantai Terengganu?
Sambil-sambil tu boleh menikmati matahari naik dan terbenam. Lagi bonus bila kedudukan chalet terletak berdekatan je dari pusat bandar Kuala Terengganu. Senang untuk dicari bagi yang baru sampai ke Terengganu buat pertama kali.
TENGOK SEKALI DAH JATUH CINTA
Pengalaman ni boleh dinikmati kat chalet yang terkenal di Terengganu iaitu Anjung Pantai Seberang. Tengok sekali dah jatuh cinta! Kedudukannya berdekatan dengan pantai dan binaan chaletnya daripada kayu.
Moment paling best menginap kat sini ialah bila buka je pintu terus nampak laut, dan persekitaran macam kat kawasan kampung. Sangat mendamaikan.
Sesuai bagi yang nak cuti-cuti dan rehat sambil nikmati udara dari pantai. Kat sini ada banyak chalet kayu yang dibina dengan style kampung dengan pelbagai jenis. Duduk dalam chalet je dah boleh dengar bunyi ombak.
Memang chill habis dapat stay sini dengan keluarga. Suasana waktu malam pula sejuk dan damai.
Menjadi salah satu chalet depan pantai Terengganu yang memiliki kawasan yang luas, chalet ni sesuai untuk picnic dan buat macam² aktiviti outdoor dengan anak². Yang bestnya, landscape resort dibina cantik dengan suasana kampung. Boleh lah berehat santai kat sekitar chalet sambil nikmati angin yang segar dari laut.
Ada pelbagai jenis rumah chalet kat sini. Ini senarai nama, kedudukan chalet, dan harganya mengikut pax.
✔️ ANJUNG 1 (RM368)
๐น2 katil double + Ruang tamu + Private berand
๐น5-6 pax
✔️ ANJUNG 2 (RM320)
๐น2 katil double
๐น4 pax
✔️ ANJUNG 3 / ANJUNG 4 (RM350)
๐น2 katil double + Ruang tamu
๐น4 pax
✔️ SERAYA 1,2 & 3 (RM250)
๐น2 katil double
๐น4 pax
✔️ SERAYA 4 (RM265)
๐น2 katil double with sea view
๐น4 pax
✔️ NYATOH 1 (RM190)
๐น1 katil double
๐น2 pax
✔️ NYATOH 2 (RM190)
๐น2 katil super single
๐น2 pax
✔️ NYATOH 3 (RM220)
๐น3 katil super single
๐น3 pax
✔️ NYATOH 4 (RM220)
๐น3 katil super single
๐น3 pax
✔️ NYATOH 5 (RM190)
๐น1 katil double + 1 super single
๐น3-4 pax
✔️ NYATOH 6 (RM190)
๐น2 katil double
๐น4 pax
✔️ BANGLO (RM550)
๐น3 bilik tidur + 3 bilik air + ruang tamu
๐นKetiga² bilik tidur ada 1 katil double + 1 super single
๐น8-10 pax
Harga- harga ni adalah waktu peak season. Kalau dibahagi-bahagikan, harganya berpatutan mengikut bilangan pax. Dan jika ditempah melalui Agoda dan Trivago, harganya berubah-ubah mengikut tarikh dan musim.
Semua jenis penginapan ni lengkap dengan aircond, tv, hot shower dan kettle jug. Dan kelengkapan iron boleh diminta dari pihak chalet. Kemudahan bbq pun ada kat sekitar chalet. Boleh makan-makan santai sambil tengok laut.
Tambahan lagi, owner chalet ni sangat peramah dan mesra dengan pengunjung. Tak ada masalah kalau inginkan perkhidmatan dan bantuan lebih dari pihak chalet.
Yang paling syok sekali, chalet ni berhampiran dengan tempat-tempat famous di Terengganu. Boleh lah rancang percutian ke tempat-tempat best kat sana.
Antara yang berhampiran ialah Pantai Teluk Ketapang (3 minit drive), Masjid Kristal (20 minit drive), Museum Negeri Terengganu (18 minit drive), KT Waterfront (22 minit drive), Chinatown (22 minit drive) dan macam lagi.
Nama: Anjung Pantai Seberang
Alamat: Jalan Fikri, Seberang Takir Kuala Nerus, Terengganu
No phone: 013-910 3900
Yang mana suka tempat sejuk dan nak bercuti ke Cameron Highland, jangan lupa baca Tempat Wajib Anda Tuju Bila Dah Sampai Sana.
0 Response to "Viral di Facebook, Chalet Depan Pantai Dengan Pemandangan 'Mahal' Ini Antara Yang Termurah Di Terengganu | JOM BERCuti"