Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya 'Sebijik' Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja


Waktu cuaca panas tengah hari atau petang dapat makan aiskrim memang sedap. Dapat pula aiskrim Baskin Robbins lagilah syok.

Kalau tekak rasa teringin nak makan aiskrim ini, apa lagi buat saja sendiri. Ya memang boleh buat sendiri dan rasanya sumpah sedap!

Caranya dikongsi oleh Ameera. Nak buat pun senang, bahan cuma 3 saja.

Tak perlu guna tenaga sangat pun, semua bahan hanya diblend. Lagi best kalau guna “Primada Smart Cooking Blender”  ni, tak percaya cuba tengok.

Cara buat aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins

Bahan-bahan
Whipping cream – 2 kotak
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – setengah tin

Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

Cara membuat:

1.Tidak perlu letak air, blend semua bahan.

Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

2.Selepas semua bahan sebati terus masukkan dalam bekas.

Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

3.Sejukkan dalam peti ais bahagian atas supaya keras selama 4 jam.

Dah siap aiskrim Baskin Robbins buatan sendiri, walahhhhh! Sumpah sedap.

Buat Sendiri Aiskrim Yang Rasanya ‘Sebijik’ Macam Baskin Robbins. Guna 3 Bahan Saja

Boleh letak dalam cawan, tabur dengan coklat chip dan sebagainya ikut citarasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Ameera.