Lepas Buta, Masitah Paling Rindu Wajah Suami – “Allah Bagi Lihat Dalam Mimpi”
Dahulunya normal, namun Masitah diuji buta sekelip mata gara-gara terbabit dalam nahas jalan raya 2 hari sebelum Ramadan lalu. Bagaimanapun dia tidak murung, sebaliknya positif menganggap itu hanyalah ‘gurauan’ tanda Allah SWT sayang kepadanya.
Suami sumber kekuatan utama…paling banyak bagi support sepanjang diuji
Ketika diundang ke konti Sinar FM pagi semalam, Masitah akui suaminya Nik Nazri adalah sumber kekuatan utama dan sering beri aura positif kepadanya sepanjang diuji. Mengimbas detik hitam itu, wanita ini kehilangan seorang stafnya dalam nahas tersebut. Namun suaminya memujuk dengan berkata, bahawa Allah SWT juga sayangkan Masitah namun dengan cara selain mengambil hayatnya.
Lepas buta paling rindu wajah suami…Allah bagi rezeki dapat ‘lihat’ dalam mimpi
Selepas disahkan buta, antara rutin yang dirindui oleh Masitah adalah menatap wajah suami setiap kali bangun tidur. Bahkan dia akui pernah menangis kerana tidak dapat bantu Nik Nazri, tatkala lelaki itu menghidap demam panas. Namun katanya, rindu itu seolah terbalas apabila mampu ‘lihat semula’ muka suami tercinta walau sekadar dalam mimpi.
Saya takkan berada di sini tanpa isteri…apa pun keadaan dia, saya akan sayang sampai bila-bila
Dalam pada itu, Nik Nazri pula maklumkan dugaan yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri. Justeru walau apa keadaan sekalipun, dirinya tetap akan menyayangi dan menjaga Masitah sampai akhir hayatnya...
Kredit : TikTok sinar_my
0 Response to "Lepas Buta, Masitah Paling Rindu Wajah Suami – “Allah Bagi Lihat Dalam Mimpi”"