Peniaga kedai tersilap buang sampah berisi duit RM90,000, sekali diangkut lori sampah
Seorang pemilik perniagaan hampir berputih mata apabila secara tidak sengaja terbuang duit berjumlah 19,000 Euro atau lebih kurang RM89,150.
Lelaki tersebut pada mulanya memasukkan duit tersebut kedalam dua beg sampah bertujuan untuk membawanya ke bank untuk mendepositkan duit tersebut.
Selain dua beg yang berisi duit itu, dia juga membawa bersama kotak berisi sampah untuk dibuang.
Ketika sedang berjalanke kedainya, lelaki ini berhenti di tong sampah besar untuk membuang kotak sampahyang dibawanya.
Tetapi dia agak cuai dan hilang tumpuan hingga menyebabkan dia terbuang sekali dua beg berisi duit sebanyak RM89,150!
Lelaki ini langsung tidak menyedari kecuaiannya hinggalah dia masuk ke kedai dan jadi panik apabila menyedari duitnya yang mahu dimasukkan ke bank sudah tiada!
“Saya melihat sekeliling dan menyedari beg yang penuh dengan wang itu tidak ada lagi dan tersedar akan kesilapan yang telah saya lakukan.
“Saya mula panik dan berlari ke luar untuk menahan sebuah kenderaan majlis perbandaran yang sedang melalui kawasan kedai serta memberitahu kepada tiga orang pekerja mengenai apa yang telah berlaku,” ujarnya.
Pekerja majlis perbandaran itu kemudiannya membantunya mengesan lori sampah yang membawa beg sampah berisi duit tunai sebelum tiba di kawasan pembakaran.
“Kami mengorek semua sampah dan segera menemui beg pertama. “Kami tidak menemui beg kedua, jadi lori membuang semua sampah ke tepi jalan dan kami menggali setiap beg sampah secara individu sebelum menemui beg kedua wang tunai dengan bersyukur,” ujarnya
Mereka kemudian berjaya menemui beg sampah kedua yang berisi wang tunai selepas puas mencari sehingga jumpa.
0 Response to "Peniaga kedai tersilap buang sampah berisi duit RM90,000, sekali diangkut lori sampah"