Bapa & anak m4ut, Perodua Kancil dipandu melebihi 170 km/j terbabit dalam kemalangan di lebuhraya


Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini

Dua beranak dilaporkan maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada jam 11.30 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pemandu Kancil berusia 30 tahun maut di lokasi, manakala anaknya berusia dua tahun meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu, isterinya yang berusia 28 tahun dan seorang lagi anak berusia lima tahun mengalami kececderaan parah.

Advertisement

Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu oleh mangsa dalam perjalanan ke Melaka dari Kajang. Tiba di lokasi, tayar kereta mangsa dipercayai pecah, lalu menyebabkan kenderaannya yang dipandu di lorong kanan hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan.

Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa dan sebuah lagi Perodua Myvi di lorong tengah.

Advertisement

Bagaimanapun dua pemandu dan seorang penumpang kereta Myvi terbabit hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini
Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini
Sumber gambar: Facebook Wan Tacchini

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

Advertisement

Video dashcam daripada saksi kejadian turut tersebar di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, kenderaan tersebut dipandu melebihi 170 km/j sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

Advertisement

Sumber: Harian Metro, Isu Semasa Official