Bulan Purnama Terbesar, Fenomena "Rare" Super Blue Moon Dijangka Berlaku Malam Ini

 

Super Blue Moon

Bulan Purnama Terbesar, Fenomena “Rare” Super Blue Moon Dijangka Berlaku Malam Ini


Bulan Purnama Terbesar, Fenomena “Rare” Super Blue Moon Dijangka Berlaku Malam Ini

Pada malam ini bersamaan 30 Ogos, dilaporkan bahawa orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena “supermoon” terbesar bagi tahun 2023.

Fenomena supermoon atau bulan purnama yang berlaku ialah merupakan suatu fenomena dimana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi dalam orbit tertentu (perigee).

Tepat jam 12 tengah hari ET pada hari ini, bulan akan berada di perigee, titik terdekatnya dalam orbitnya dengan Bumi pada jarak 357,181 km.

Walaupun bulan purnama secara teorinya hanya berlangsung buat seketika, detik itu tidak dapat dilihat hanya dengan pemerhatian biasa. Pemerhatian bagi fenomena itu juga tidak dapat dilihat awal sehari sebelum fenomena itu berlaku.

Selain itu, kejadian fenomena supermoon pada kali ini merupakan yang kali kedua berlaku pada bulan Ogos. Sebelum ini, fenomena pertama berlaku pada 1 Ogos yang lalu.

Bulan penuh kedua pada malam ini juga akan dijenamakan semula sebagai bulan “Blue”. Lantas, fenomena yang bakal dilihat pada malam ini adalah sebagai “Super Blue Moon”.

Walau bagaimanapun, jika terdapat gangguan keadaan atmosfera yang luar biasa seperti habuk bawaan udara, abu atau asap akan menyebabkan bulan tidak kelihatan biru.

Tetapi sebaliknya bulan akan kelihatan seperti keadaan normalnya iaitu kekuningan putih.

Menurut Space.com, bagi mereka yang mahu melihat bulan dengan lebih jelas, mereka dicadangkan untuk melihat menggunakan teropong.

Kredit AFP

Jika anda mahu melihat dengan lebih dekat ciri-ciri bulan, penggunaan teleskop adalah cadangan yang terbaik buat mereka yang mahu melihat fenomena ini.

Kejadian fenomena ini bukan sahaja dapat dilihat berlaku kepada bulan, malah ia juga akan memberi kesan kepada julat pasang surut air yang jauh lebih besar daripada biasa.

Air surut dikatakan akan menjadi luar biasa rendah manakala air pasang besar pula akan menjadi luar biasa tinggi. Malah ia mungkin boleh mengakibatkan banjir kecil di pantai.

Air pasang yang melampau itu dikenali sebagai pasang surut musim bunga perigean yang merujuk kepada musim-musim bunga.

Setiap bulan, pasang surut musim bunga berlaku apabila bulan penuh dan baru berlaku.

Kredit Chris Vaughan/Starry Night

Jangkaan bulan kelihatan lebih besar

Menurut buku Panduan Pemerhatian Persatuan Astronomi Diraja Kanada, fenomena “bulan purnama terbesar” pada tahun 2023 ini akan kelihatan 14% lebih besar daripada saiz berbanding bulan purnama di apogee.

Jadi walaupun terdapat perbezaan saiz, untuk melihat ia dengan jelas mungkin menjadi sesuatu perkara yang tidak seperti yang dijangkakan. Kerana kebanyakan gambar “Supermoon” di internet diambil menggunakan kanta telefoto.

Kredit Gordon Gillet/ESO

Selain itu, Space.com mendedahkan bahawa “supermoon” kelihatan 30% lebih cerah daripada bulan purnama yang lain.

Tetapi kejadian itu sebenarnya sepadan dengan peningkatan kecil kurang daripada tiga persepuluh magnitud. Jadi, cahaya bulan pada malm ini mungkin tidak kelihatan begitu terang seperti yang diharapkan.

Sumber: Space.com