“Dia je la ada atuk” -Ramai terhibur lihat Oyen bertenggek atas serban warga emas

 

Ekspo Kucing Terbesar yang berlangsung di Mid Valley hujung minggu kelmarin telah menyajikan pelbagai aksi comel kucing-kucing peliharaan yang di bawa ke sana.

Ramai pencinta kucing hadir ke sana bagi mendapatkan makanan atau pelbagai perkakas untuk si comel itu dengan harga yang lebih berbaloi selain pelbagai aktiviti menarik disajikan.

Diam je duduk atas kepala

Sudah tentu sesetengah pemilik kucing hadir dengan membawa haiwan kesayangan mereka itu bagi sama-sama menikmati hujung minggu di ekspo tersebut.

Salah satu video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @7lkrnn628 telah menarik perhatian ramai apabila merakam aksi seekor kucing yang duduk diam diatas kepala seorang warga emas sewaktu mereka menghadiri ekspo tersebut.

Tenang duduk atas serban atuk

Walaupun berada dalam suasana yang agak padat dengan ramai orang, kucing berkenaan tetap tenang dan masih tidak bergerak diatas serban warga emas dipercayai tuannya.

Warga emas terbabit juga dilihat sempat beramah mesra dengan pemilik-pemilik kucing yang lain apabila ada di antara mereka mendekatinya bersama kucing kesayangan.

Beberapa video ‘Oyen’ yang bertenggek di kepala warga emas itu turut tular di media sosial dan masing-masing cuba mencari siapakah individu tersebut termasuklah kucing berkenaan.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui dan meneka mungkin warga emas terbabit tidak menggunakan media sosial.

Dia jela yang ada atuk

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh mengatakan bahawa kucing tersebut seperti majikan kerana berani duduk diatas kepala dengan muka ‘berlagak’.

Rata-rata berasa geram dengan telatah kucing berkenaan yang begitu menarik perhatian serta  menghiburkan pengguna media sosial dan juga orang ramai yang berada di ekspo tersebut.

Tok haji tu sabar betul

Bukan main dia duduk atas kepala

Alaaa comelnya

‘Majikan’ sekarang lagi advance

Sumber: TikTok @7lkrnn628@kucingen

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.