LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023

 

Keputusan PRN 2023 - Pulau Pinang

LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023
LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023
LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023
LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023
LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023
LANGSUNG: Keputusan terkini undi PRN 2023

PROSES pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, selain Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditutup sepenuhnya jam 6 petang tadi.

Kini proses pengiraan undi bagi 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk enam negeri yang membabitkan 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 saluran bermula. Ikuti laporan langsung sekitar proses pengiraan undi daripada wartawan BH di enam negeri terbabit.

Keputusan rasmi PRN 2023:

Kelantan rekod keluar mengundi paling rendah, hanya 60.96 peratus

Kelantan merekodkan kehadiran pengundi paling rendah dalam kalangan enam negeri yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata Kelantan yang mempertandingkan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya merekodkan 60.96 peratus keluar mengundi.

Beliau berkata, Terengganu yang menyaksikan 32 kerusi disapu bersih oleh calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menggunakan logo PAS, merekodkan kehadiran pengundi tertinggi iaitu 74.79 peratus.

PRN: 96 calon 'berputih mata' hilang wang deposit

Seramai 96 calon yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, terpaksa "berputih mata" apabila kehilangan wang deposit masing-masing.

Semua pihak kena bersilaturahim, jaga keamanan, bela nasib rakyat - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang menyaksikan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mengekalkan kedudukan di tiga negeri dan tiga lagi dikuasai Perikatan Nasional (PN).

Loading video

Sejarah tercipta, pembangkang lenyap dari DUN Terengganu

Buat pertama kali dalam sejarah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak akan mempunyai pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kerajaan PN Kedah akan berlaku adil kepada pembangkang - Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kerajaan negeri Kedah yang baharu di bawah Perikatan Nasional (PN) akan bersikap adil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dalam pembangkang.

Kerajaan PN Kedah akan berlaku adil kepada pembangkang - Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kerajaan negeri Kedah yang baharu di bawah Perikatan Nasional (PN) akan bersikap adil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dalam pembangkang.

'Kemenangan PN Kedah bukti penolakan terhadap PH-BN'

Kemenangan majoriti lebih besar Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) membuktikan berlaku penolakan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Gagal rampas 3 negeri, Muhyiddin percaya keputusan PRN tetap gugat Kerajaan Persekutuan

Perikatan Nasional (PN) percaya keputusan pilihan raya di enam negeri masih mampu menggugat kestabilan Kerajaan Persekutuan, walaupun parti itu gagal merampas tiga negeri yang ditadbir Kerajaan Perpaduan.

PRN: Kejayaan besar PN bukti sokongan pengundi Melayu

Kejayaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah selain merampas sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan membuktikan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.

Terengganu tiada pembangkang, rakyat boleh kritik kerajaan - Abdul Hadi

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi jaminan kerajaan negeri di Terengganu akan berjalan seperti biasa meskipun tanpa pembangkang.

MUDA ambil tanggungjawab kekalahan semua calonnya

Kegagalan semua calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak akan mematahkan semangat sebaliknya menjadi satu pengajaran yang mematangkan mereka.

Sanusi tayang kertas undi bukan satu kesalahan - peguam

Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menayangkan kertas undi miliknya yang sudah ditanda kepada petugas media, tidak menyalahi undang-undang, kata seorang peguam.

PM Anwar hormati, terima baik keputusan rakyat

PH-BN menang di Selangor, peroleh majoriti mudah 29 kerusi - SPR

11 malam: RASMI Calon PN DUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham menang dengan majoriti 58 undi selepas mendapat 30,299 undi menewaskan calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin 30,241 undi manakala calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali 1,076 undi

RASMI Calon PAS DUN Melor, Wan Rohaimi Wan Daud memperoleh 12,688 undi, berbanding calon BN, Azmi Ishak 5,405 undi. Majoriti 7,283 undi.

RASMI: Calon PAS DUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi memperoleh 15,478 undi, mengatasi calon BN-PH, Ahmad Deraman 7,259. Majoriti 8,219.

TIDAK RASMI: Calon PAS, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menang di Kota Putera mengatasi calon BN Muhammad Pehimi Yusof

TIDAK RASMI: Calon PAS, Azbi Saleh menang di Kuala Besut mengatasi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

10.27 malam: RASMI: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua dengan majoriti 5,185 undi selepas mendapat 19,678 undi manakala calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin 14,493 undi, Suman Gopal (BEBAS) 430 undi.

10.15 malam: TIDAK RASMI: PAS sapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu

10 malam: TAK RASMI PAS terus mencipta sejarah dengan mengekalkan kemenangan bergaya di Kelantan selepas memperoleh majoriti mudah 23 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat jam 10 malam tadi.

10.10 malam: RASMI: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang untuk dua penggal berturut-turut mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

10 malam: TIDAK RASMI: Calon PN DUN Hulu Kelang Datuk Seri Azmin Ali masih mendahului dengan 24,835 undi menyaingi lawannya Juwairiya Zulkifli dari PH yang memperoleh 23,366 undi setakat jam 10 malam.

9.40 malam: RASMI Calon PAS DUN Paloh, Shaari Mat Hussain menang selepas memperoleh 7,407 undi, manakala calon BN, Amaran Arifin (BN-PH) 5,202 undi. Majoriti 2,205.

TIDAK RASMI: BN raih kemenangan pertama di Negeri Sembilan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong menerusi Mustapha Nagoor yang meraih 7,955 undi manakala Noor Azuan Pamin daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 7,396 undi.

9.50 malam RASMI: Calon Pakatan Harapan DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menang apabila mendapat undian 9,695, manakala calon PAS, Datuk Zamri Ismail, 9,489 undi, calon PRM, Tan Boon Kian (126 undi) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85). Majoriti 206.

9.40 malam: TIDAK RASMI Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penguasaan di Negeri Sembilan selepas memperoleh kerusi DUN ke-19 bagi membentuk majoriti mudah, malam ini.

9.40 malam RASMI Calon PAS DUN Paloh, Shaari Mat Hussain menang dengan 7,407 undi, manakala calon BN, Amaran Arifin , 5,202 undi dengan majoriti 2,205.

TIDAK RASMI Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului di DUN Hulu Kelang dengan 13,292 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli meraih 11,632 undi.

9.40 malam: TIDAK RASMI PAS menang 22 DUN di Terengganu

TIDAK RASMI Calon Pakatan Harapan (PH) Najwan Halimi mendahului di DUN Kota Anggerik dengan 33,106 undi meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Sukri Omar (21,691 undi) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Azad Akbar (2,303 undi).

TIDAK RASMI: PN kekal penguasaan di Kedah apabila memperoleh majoriti mudah 19 daripada 36 kerusi DUN sehingga jam 9.30 malam tadi.

TIDAK RASMI Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Yunus Hairi mendahului di DUN Sijangkang selepas memperoleh 22,643 undi dengan majoriti 7,333 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Mohd Al Hafizi Abu Bakar mendapat 14,910 undi.

TIDAK RASMI Calon Pakatan Harapan (PH) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet mendahului di DUN Lembah Jaya dengan 26,116 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin meraih 19,409 undi.

9.25 malam: TIDAK RASMI: Sebanyak 11 kerusi dimenangi PAS di Kelantan manakala dua kerusi gabungan PH-BN

TIDAK RASMI Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Yunus Hairi mendahului di DUN Sijangkang selepas memperoleh 22,643 undi dengan majoriti 7,333 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Mohd Al Hafizi Abu Bakar mendapat 14,910 undi.

TIDAK RASMI Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Permatang, Nurul Syazwani Noh mendahului 12,592 undi dengan majoriti 1,568 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Yahya Mat Shari, mendapat 11,024 undi.

9.20 malam: Calon PAS DUN Kuala Balah di Kelantan, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menang selepas memperoleh 6,186 undi, berbanding calon BN, Muhammad Yamin Anuar Mat Zin 3,585 undi. Majoriti 2,601.

9.20 malam: TIDAK RASMI: Calon PAS DUN Ayer Lanas di Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, menang selepas memperoleh 9,535 undi, menewaskan calon BN, Nasrul Hadi Kamaruzaman 4,526 undi. Majoriti 5,009.

9.20 malam: TIDAK RASMI: PAS kekal tadbir kerajaan Terengganu dengan majoriti mudah

Pakatan Harapan (PH) mengekalkan DUN Ampangan setakat jam 9.08 malam ini.Calon PH, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman memperoleh 6,054 undi, manakala pencabar daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ghazali Zainal Abidin memperoleh 5,725 undi.

Bekas ahli PKR yang bertanding atas tiket Bebas, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, memperoleh 3,079 undi.

9.15 malam TIDAK RASMI: Calon PAS DUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob menewaskan lawan dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 12,811. Ahmad memperoleh 18,783 undi, manakala Mohamad Zamakh Sari Ibrahim mendapat 5,972 undian.

TIDAK RASMI 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor di menangi Pakatan Harapan (PH) setakat jam 9 malam membabitkan DUN Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

9.15 malam: RASMI Calon PAS DUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim (PAS-BERSATU) menang dengan 6,517 undi, manakala calon BN , Ab Aziz Yusoff (BN-PH) 5,707 undi. Majoriti 810 undi.

9.15 malam: RASMI Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menang di DUN Padang Kota dengan majoriti 7,116 undi, menundukkan lawannya dari PN, H'ng Khoon Leng.

9.10 malam: RASMI Calon BN DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-PH) menang selepas memperoleh10,742 undi, manakala calon PAS, Mohd Tarmizi Abd Rahman 7,405 undi. Majoriti 3,337

9.10 malam: TAK RASMI: Calon Pakatan Harapan, Dr Hafidzah Mustakim menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama selepas memperoleh 9,691 undi mengalahkan tiga calon lain dengan majoriti 202 undi.

9 malam: TIDAK RASMI: Calon Pakatan Harapan, Dr Hafidzah Mustakim menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dengan memperoleh 9,691 undi mengalahkan tiga calon lain dengan majoriti 202 undi.

9 malam: RASMI: Calon PAS DUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim (PAS-BERSATU) menang dengan 6,517 undi, manakala calon BN, Ab Aziz Yusoff (BN-PH) 5,707 undi dengan majoriti 810 undi.

RASMI: Calon Perikatan Nasional (PN)-PAS DUN Sabak, Dr Zamri Mantop memenangi kerusi itu dengan 15,447 undi, sekali gus menewaskan calon BN, Mohamad Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi dengan majoriti 6,842.

9 malam: TIDAK RASMI Sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dimenangi PAS setakat jam 9 malam ini iaitu DUN Panchor, DUN Chempaka, DUN Wakaf Bharu, DUN Kijang, DUN Gaal, DUN Temangan, DUN Air Lanas, DUN Kuala Balah dan DUN Manek Urai

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menang di Padang Kota

TIDAK RASMI Calon PAS DUN Chempaka, Nik Asma'Bahrum Nik Abdullah sedang mendahului dengan 14,563 undi, manakala calon Barisan Nasional, Nik Normi Nik Ayub 4,570 dan calon Bebas Ibrahim Sulong 191 undi.

TIDAK RASMI: Calon PAS DUN Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sedang mendahului dengan 12,564 undi manakala calon Pakatan Harapan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain bagi DUN Panchor dengan 5,251 undi

TIDAK RASMI Menteri Besar Kedah yang juga calon PN DUN Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti 14,159 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Bukit Kayu Hitam apabila calonnya, Datuk Halimaton Shaadiah Saad memperoleh 23,681 undi, manakala Zainol Abidin Mohamad (BN) memperoleh 8,759 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Merbau Pulas di Kedah. Datuk Siti Aishah Ghazali (PN) memperoleh 27,125 undi, manakala Asmadi Abu Talib (BN) memperoleh 10,003 undi.

TIDAK RASMI PN menang di DUN Gurun apabila calonnya, Baddrol Bakhtiar memperoleh 16,443 undi, manakala Firdaus Johari (PH) memperoleh 10,758 undi.

SIK: Keputusan tidak rasmi yang diperolehi calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului dengan majoriti diperolehi sebanyak 14,159 undi.

(TIDAK RASMI) PRN : Datuk Bakri Sawir (PH) menang di DUN Klawang, Negeri Sembilan

TIDAK RASMI: PN menang di 13 DUN di Terengganu dengan undi majoriti

DUN JABI - 4,678 undi

DUN TEPUH - 10,890 undi

DUN KUALA BERANG - 10,858 undi

DUN SEBERANG TAKIR - 2,797 undi

DUN BUKIT TUNGGAL- 7,721 undi

DUN BUKIT PAYONG - 10,961 undi

DUN TELEMONG - 295 undi

DUN MANIR - 11,260 undi

DUN KUALA BERANG - 5,917 undi

DUN AJIL - 6,286 undi

DUN RANTAU ABANG - 12,922 undi

DUN KEMASIK - 6,505 undi

DUN CHUKAI - 8,106 undi

TIDAK RASMI (8.45 malam) - PAS mendahului 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, manakala Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendahului di tiga DUN iaitu DUN Galas, Paloh dan Melor.

TIDAK RASMI (8.40 malam) - Calon PAS DUN Kijang, Dr Izani Husin menang selepas memperoleh 14,552 undi, mengalahkan calon BN, Haris Hussain (4,644 undi) dengan majoriti 9,908 undi.

TIDAK RASMI PN MENANG DUN Sungai Limau. Mohd Azam Abd Samat (PN) memperoleh 17,293 undi, manakala Siti Balkhis Husain (PH) memperoleh 3,170 undi.

TIDAK RASMI DUN Pedu - Calon PN, Mohd Radzi Md Amin mendahului dengan 5,770 undi berbanding calon PH, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 3,419 undi.

TIDAK RASMI (jam 7.50 malam) - Calon PN, Radhi Mat Din mendahului calon PH, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu di Kedah dengan majoriti 1,312 undi.

TIDAK RASMI - Mohd Taufik Yaacob (PN) mendahului di DUN Bayu di Kedah setakat jam 7.38 malam

TIDAK RASMI - Calon DAP, Teh Swee Leong mendahului di DUN Kota Darul Aman di Kedah dengan 8,605 undi berbanding calon PN, Chuan See Seng dengan 4,419 undi

7.50 malam: DAP sedang mendahului di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Selangor.

TIDAK RASMI (7.30 malam) - Calon PN, Datuk Halimaton Shaadiah Saad mendahului calon BN, Zainol Abidin Mohamad di DUN Bukit Kayu Hitam dengan majoriti 590 undi

TIDAK RASMI Pakatan Harapan menang 5 kerusi di Pulau Pinang

Pangkalan Kota

Padang Kota

Bagan Jermal

Komtar

Batu Lanchang

7.29 malam: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain setakat ini berdasarkan pengiraan undi awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi, di Langkawi.

Ketua Srikandi BERSATU Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie (18 undi) dan Zulfadli Mohd Yusoff (3 undi)

TIDAK RASMI - DUN Chennah

Keputusan awal tak rasmi setakat 7 saluran:

PH - 1275

PN - 523

Majoriti - 752 undi

TIDAK RASMI - DUN Kuah

Amar Pared Mahamud (PN): 412 undi

Ahmad Fauzi Chik (PH): 255 undi

Mazlan Ahmad (Bebas): 09 undi

Majoriti: 157 undi

TIDAK RASMI - DUN Ayer Hangat:

Shamsilah Siru (PN): 167 undi

Safwan Hanif Shafie (Bebas): 18 undi

Hisham Suhaily Othman (BN): 94 undi

Zulfadli Mohd Yusoff (Bebas): 03 undi

Majoriti: 73 undi

TIDAK RASMI - DUN N31 Bagan Pinang

Abdul Fatah Zakaria (PN) - 4,607

Najib Tan Sri Isa (BN) - 1,650

Majoriti : 2,957

TIDAK RASMI - DUN Kota Kemuning

1. Preakas Sampunathan (PH) - 618

2. Jimmy Chew Jyh Gang (PN) - 66

TIDAK RASMI - DUN Pandamaran

1. Tony Leung Tuck Chee (PH) - 2,776

2. B Gunalan (PN) - 880

3. Tan Kang Yap (PRM) - 25

TIDAK RASMI - DUN Pelabuhan Klang

Wan Hasrina Wan Hassan (PN) - 356

Azmizam Zaman Huri (PH) - 66

Syed Ahmad Putra Syed Isa (PRM) - 3

TIDAK RASMI - DUN Bukit Antarabangsa

Sasha Lyna (PN) - 239

Kamri Kamaruddin (PH) -90

Melanie Ting (MUDA) - 4

TIDAK RASMI - DUN Bandar Baru Klang

1. Dr Quah Perng Fei (PH) - 4,494

2. Tan Seng Huat (PN) - 296

6.03 petang: Proses pengundian bagi PRN enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu tamat, pengiraan undi bermula

6 petang: Semua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.

6 petang: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Loading video