Ramai Terharu Tengok Suami Norfarrah Bantu Suapkan Makan"Terima Kasih Beri Tangan"

 

Wanita hebat, Norfarrah Syahirah Shaari yang pernah mencvri perhatian ramai apabila mampu menguruskan kehidupan sendiri termasuklah memandu kenderaan walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan begitu menginspirasikan.

Dia yang sudah bertemu jodoh dengan kekasih hati, Zulfadli Syahrul pada Julai lalu telah mendapat ucapan tahniah serta masing-masing mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Suami suapkan makan

Terbaru, menerusi aplikasi TikTok, Puan Norfarrah Syahirah telah memuat naik momen ketika makan di dalam kereta bersama suami tercinta.

Apa yang membuatkan ramai terharu adalah kapsyen yang disertakan wanita berkenaan kerana mengucapkan terima kasih kepada suami yang telah sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah berkongsi juadah bersama-sama.

“Terima kasih suami berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku…Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita,” tulisnya.

‘Lelaki Kiriman Tuhan’

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata akui turut terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu.

Mereka juga berharap agar Norfarrah dan suami terus bercinta hingga ke syurga dan sama-sama saling melengkapi kekurangan masing-masing agar perkahwinan terbina terus diberkati oleh Allah S.W.T.

Satu Malaysia sayangkan kalian

Semoga bahagia milik akak dan suami

Jodoh adalah pelengkap kekurangan

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2023 di Bagan Datuk, Perak. Difahamkan, mereka telah pun berkenalan 

sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan bergelar suami isteri selepas masing-masing ikhlas menerima pasangan mereka seadanya.

Sumber: TikT0k norfarrahsyahirahshaari