Sotong Masak Lemak Serai, Resipi Yang Mudah Tapi Sedap

 

Hidangan yang ringkas dan mudah untuk dimasak tetapi rasanya sedap tiada tandingan. Kalau nak sotong kekal sedap berjus, sotong tu jangan dimasak lama nanti liat pulak. Ini dia resipi sotong masak lemak serai yang dikongsi oleh Chinta Damia. Selamat mencuba.

SOTONG MASAK LEMAK SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 5-7 ekor sotong
  • 1 biji kelapa (santan) (beli online DISINI)
  • 4 biji bawang merah* (beli online DISINI)
  • Halia | sebesar ibu jari* (beli online DISINI)
  • 1 ulas bawang putih* (beli online DISINI)
  • Serai | diketuk (beli online DISINI)
  • Bawang besar (dipotong wedges)
  • Gula secukup rasa (beli online DISINI)
  • Garam secukup rasa (beli online DISINI)
  • Serbuk perasa
  • Lada besar hijau | boleh gantikan dengan cili padi untuk rasa lebih pedas (beli online DISINI)

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk atau kisar bahan yang bertanda*
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga santan.
  3. Kemudian, biarkan santan tadi mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan lada hijau untuk beri rasa pedas.
  6. Kacau sebati dan boleh tutup api.

INFO: Jika ingin ada sedikit rasa masa boleh perahkan sedkit perahan limau nipis.

Kredit resipi & gambar: Chinta Damia

Jika anda mahu beli KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Latest Articles

0:02/0:50
March 5, 2019
4 Kuih Warisan Zaman. Rugi Kalau Tak Warisi, Sedapnya…

Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.

Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati

1. PULI IBU KAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
  • 150gm sagu | rendam selama 5 minit

BAHAN UNTUK AIR GULA:

BAHAN SALUT:

  • ½ biji kelapa parut
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional 
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10

Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.

2. CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10

Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.

3. KOLEH KACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
  • 200gm gula merah
  • 50gm gula pasir
  • 500ml santan
  • 200ml tepung kacang hijau

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12

Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.

4. KUIH TEPUNG KAPUR

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 keping manisan
  • 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa

BAHAN KELAPA PARUT:

  • Kelapa parut secukupnya
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10

5. LOMPAT TIKAM

BAHAN-BAHAN:

BAHAGIAN PULUT:

  • 1 cawan beras pulut |bersihkan
  • Air secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya
  • 30ml minyak masak
  • 5gm garam halus
  • 80ml air

BAHAN B (TEPUNG HIJAU):

BAHAN D (GULA MERAH):

  • 200gm gula merah
  • 100gm gula pasir
  • 200ml air

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14

Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.

December 15, 2021
Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain 

Ada banyak versi kek batik. Tapi kalau dah jumpa yang menjadi favourite, mesti dah tak nak buat yang lain. Contohnya kek batik coklat cheese ini.

Seperti yang dialami wanita ini, Mas Dalina, tidak berpaling dengan resipi kek batik lain selepas dah jumpa yang kena dengan selera.

Lagi-lagi bila kek batik yang dibuatnya, menjadi favourite anak-anak juga.

KEK BATIK COKLAT CHEESE

LAPISAN BAWAH:

2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar – beli online di sini
250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini
250g susu pekat (lebih kurang ½ tin, ikut kemanisan masing-masing) – beli online di sini
125g milo – beli online di sini
3 sudu besar serbuk koko (saya guna callebaut)
½ sudu kecil serbuk nescafe (saya tak letak)
Biskut marie (lebih kurang 2 peket sekali dengan lapisan atas nanti) – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Alas loyang (saya guna 8″x2″) dengan plastik atau aluminium foil. Saya suka guna aluminium foil sebab lebih stabil. Guna tupperware pun boleh.


2. Masak air dan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih.
3. Masukkan mentega, gunakan api paling kecil. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.


4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Padam api.
5. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.


6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti.

LAPISAN ATAS

Biskut marie – beli online di sini
200ml susu segar | dipanaskan
250g cheese cream (suhu bilik)
10ml susu segar
½ cawan gula halus – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. Panaskan 200ml susu segar, padamkan api.
3. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi ke atas biskut lapisan atas.


4. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut.
5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suampanas), terus susun dalam bekas (celup 1 saat je)
6. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese. Saya ayakkan serbuk milo saja.
7. Simpan semula di dalam peti. 1-2 jam dah boleh potong dah. Tak perlu semalaman.

Kredit resipi: Mas Dalina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

March 10, 2020

Bagi mereka yang mudah mendapat alergi , telur adalah satu ramuan makanan yang patut dielakkan. Terdapat banyak koleksi menu kuih muih tradisi yang tidak mengandungi telur. Jadi sesuai sangat bagi mereka yang alergi.

Dahlah sedap kosnya pula sangat menjimatkan. Boleh jamu famili sampai puas dan kenyang. Jom semak resipi dari Chef Fame Taufiq Fakarudin dari UOW Malaysia KDU University College

1. PULUT DAKAP @ PULUT PISANG

BAHAN-BAHAN :

  • 400gm beras pulut | direndam selama sejam bersama beberapa titik pewarna
  • 250gm santan pekat
  • 50gm gula
  • 15gm garam
  • 5 biji pisang raja @ secukupnya
  • Daun pisang secukupnya | dilayur
  • Beberapa helai tali untuk mengikat
  • Beberapa titik pewarna jika suka

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air didalam periuk kukus
2. Keringkan beras pulut yang telah direndam.
3. Letakkan di atas dulang yang dilapik daun pisang dan kukus pulut selama 25-35 minit, separuh atau 3/4 masak
4. Keluarkan pulut yang dikukus dan gaulkan santan, gula dan garam sebati
5. Layukan daun pisang untuk dibuat pembalut
6. Kupas kulit buah pisang dan belah 2 pisang secara melintang/memanjang
7. Letak sebanyak 120gm pulut tadi ditengak daun pisang secara melintang,ratakan.
8. Letakkan buah pisang yang dipotong di tengah tengah pulut.
9. Lipat 2 daun pisang tapi pastikan pulut membalut buah pisang
10. Gulungkan daun pisang, pastikan pulut dan buah pisang berada ditengah
11. Lipatkan kiri dan kanan daun pisang tadi dan pastikan balutan tadi kemas dan padat
12. Ambil 2 biji kuih yang telah dibalut tadi dan satukan kuih tadi, atas dan bawah
13. Ikat keliling 2 kuih dengan tali untuk dijadikan satu,pastikan ikatan kuat dan kemas
14. Letakkan di atas dulang dan kukuskan selama 10-15 minit
15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang

Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis
Anggaran kos : RM 12

INFO CHEF : Elok pilih pisang raja sebab tak mudah lembik macam jenis pisang lain.

2. KACANG KASTURI

BAHAN-BAHAN:

Bahan inti kacang hijau:

  • 250gm kacang hijau | direbus empuk
  • 150gm kelapa parut
  • 180gm gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan bancuhan tepung:

CARA MEMASAK:

Cara masak inti :
1. Gaulkan kacan hijau bersama kelapa parut, gula dan garam sehingga sebati
2. Kepalkan adunan tadi sebesar bola gof dan tekan setebal 10mm

Cara memasak kuih kasturi:
1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati.
2. Panaskan minyak di dalam kuali
3. Celupkan kepalan kacang hijau tadi ke dalam adunan tepung
4. Goreng sehingga kuning keemasan
5. Sedia dihidangkan

Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara memasaknya sama sahaja. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.

3. APAM ENO BERAS

BAHAN-BAHAN

Bahan Apam:

Bahan kelapa parut :

  • 2 biji kelapa parut | ambil yang putih sahaja
  • Garam secukup rasa
    *Gaulkan

CARA MEMASAK:

1. Campurkan nasi, gula, air dan yis ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
2. Tuangkan ke dalam bekas tepung beras dan gaul sehingga sebati
3. Perap adunan tadi selama 2-3 jam di dalam bekas yang tertutup.
4. Campurkann ENO kedalam adunan dan bahagikan kepada dua adunan
5. Campurkan satu adunan pewarna merah
6. Masukkan adunan merah kedalam acuan yang disapukan sedikit minyak dan paipkan adunan putih keatas/ke dalam adunan merah
7. Kukus selama 10-15minit
8. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan kelapa parut pada apam yang telah dimasak

Saiz Hidangan : 12 orang
Waktu memasak : 5 jam 20 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Eno dan tapai menjadikan tekstur apam gebu dan lembut lagi enak
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Kukus sekejap kelapa parut agar tahan lama dan tak cepat basi.

4. CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN :

Bahan Inti :

  • 200gm daging | dikisar
  • 60gm serbuk kari
  • 60ml air
  • 50gm bawang putih | dicincang
  • 120gm bawang besar | dipotong dadu kecil
  • 20ml minyak masak
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • 5gm gula

Bahan hiasan :

CARA MEMASAK :

Cara masak inti:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan
2. Masukkan rempah kari yang dicampurkan air dan masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kacau sehingga air kering
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Cara masak kuih :
1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati.
2. Panaskan loyang dan sapu sedikit minyak, tuang adunan ke dalam acuan
3. Sudukan inti ke atas adunan tadi, kemudian taburkan bahan hiasan di atas inti
4. Tutup Loyang dengan penutup
5. Masak selama 4-5minit diatas api yang perlahan
6. Cungkilkan kuih cara yang telah masak dan hidangkan apabila sejuk

Saiz Hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Inti daging menjadikan ia kuih yang mengenyangkan
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Boleh juga menggantikan daging dengan ayam atau tuna. Tapi daging pilihan yang paling sedap.

5. KUIH JONGKONG

BAHAN-BAHAN :

Bahan hijau manis :

Daun pisang untuk membalut | potong sebesar 2 inci

CARA MEMASAK :

1. Kisarkan santan cair bersama daun pandan, tapis
2. Di dalam pengisar yang sama, kiraskan tepung beras, gula, garam dan santan pandan sehingga sebati
3. Tuang kedalam periuk
4. Kacau dan masak adunan tadi di atas api yang sederhana sehingga pekat
5. Di dalam periuk yang berasingan, kacau dan masak santan pekat bersama tepung jagung dan garam diatas api yang sederhana sehinggan pekat.
6. Potong daun pisang dan layurkan di atas api
7. Letak 1 1/2 sudu besar adunan pekat yang berwarna hijau di tengah tengah daun pisang
8. Taburkan hirisan halus gula Melaka ditengah adunan hijau tadi, sudukan 1 sudu besar adunan hijau untuk menutupi gula Melaka tadi
9. Sudukan pula satu sudu besar adunan pekat putih ke atas adunan hijau tadi
10. Lipatkan daun pisang keatas, pastikan adunan tadi berada di tengah-tengah daun pisang
11. Sekarang lipat bahagian tepi kiri dan kanan daun pisang ke tengah, kemaskan lipat tersebut
12. Dengan mengunakan pencungkil gigi atau lidi buluh yang dipotong pendek, cucuk daun pisang tadi dibahagian atas daun pisang supaya tidak terbuka
13. Panaskan air di dalam periuk kukus
14. Kukus selama 10-15 minit
15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang

Saiz Hidangan : 12 orang
Waktu memasak : Sejam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih tradisional lama yang lemak manis
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Anda boleh juga mencampurkan sedikit tepung ubi kayu ke dalam adunan kuih.

RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN
TERIMA KASIH: UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie
Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor