4 Cerita Hantu Asrama Paling Cliche, ‘‘Kenapa Semua Asrama Cerita Sama?’’
Bagi pelajar yang tinggal di asrama sekolah atau universiti, sudah pasti mereka sering dihidangkan dengan pelbagai kisah-kisah mistik dan seram, yang disampaikan sejak berzaman lamanya.
Tidak dinafikan alam ghaib memang wujud disekeliling kita dan hanya orang tertentu sahaja yang mungkin diberi peluang untuk melihat sendiri rupa dan keadaan makhluk ciptaan Tuhan itu.
Cuma menjadi persoalan disini adalah, kenapa kisah-kisah mistik ini hampir sama dengan kisah mistik di asrama-asrama sekolah lain? Tiada siapa tahu kenapa dan mengapa, mungkin ia disampaikan dengan tujuan tertentu.
Berikut adalah antara kisah seram di asrama sekolah yang cliché dan selalu diceritakan kebanyakkan orang:
1. Kisah hantu makcik karipap
Kisah makcik karipap ini sangat popular dikebanyakkan asrama, termasuklah di sekolah dan universiti. Diceritakan, ada seorang penjual wanita menjual karipap daripada tingkap bilik pelajar pada waktu malam. Apa yang aneh adalah, penjual itu menjual di tingkap bilik yang terletak pada tingkat paling atas dan mustahil untuk manusia biasa berada pada tingkap di ketinggian itu.
2. Dah tahu ke?
Kisah ini juga sering diceritakan khasnya kepada mereka yang sering berjaga tengah malam seorang diri untuk belajar. Kisahnya, seorang pelajar perempuan yang sedang study di bilik prep, tidak sedar rakan-rakannya sudah balik ke bilik masing-masing. Maka tinggalkan beliau seorang diri. Tiba-tiba datang seorang perempuan masuk ke bilik prep itu dan duduk dihadapannya. Sedang leka study, tiba-tiba penselnya jatuh ke bawah meja. Pelajar itu kemudian mengambil pensel itu dan terkejut bila melihat susuk dihadapannya itu tidak mempunyai kaki. Dalam keadaan takut, pelajar itu cuba untuk kemas barang-barangnya, hantu dihadapannya itu berkata, “Dah tahu ke..?”
3. Kisah pelajar mati dalam locker
Menjadi kisah turun-temurun, kisah ini diceritakan apabila seorang pelajar lelaki yang cuba memonteng solat Jumaat dan berkurung di dalam locker. Pelajar itu kemudian tertidur dan tidak sedar rakannya sudah mengunci pintu locker itu untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Disebabkan itu, pelajar itu mati lemas dalam locker tersebut. Sejak dari itu, kedengaran locker berbunyi dan jeritan meminta tolong setiap malam.
4. Katil ni belum tidur lagi?
Dikatakan pada satu malam, seorang pelajar perempuan tidak dapat melelapkan mata dan terdengar seseorang sedang berjalan di koridor. Pelajar itu menutup mukanya dan berpura-pura tidur. Kemudian, suara itu pun berkata, “Katil satu dah tidur, katil dua pun dah tidur. Eh katil ni belum tidur lagi?”
Kesemua kisah seram diatas telah diceritakan dan katanya berlaku dikebanyakkan asrama sekolah mahupun universiti. Sejauh mana kebenaran kisah-kisah itu, biarlah ia menjadi satu tanda tanya.
Apa lagi kisah seram di asrama anda? Jom share dengan kami!
0 Response to "4 Cerita Hantu Asrama Paling Cliche, ‘‘Kenapa Semua Asrama Cerita Sama?’’"